Ulat Mulong Haram Kerana Seperti Katak

Makan ulat Mulong sama seperti makan katak kerana ulat itu juga hidup dua alam seperti katak.Umat Islam juga tidak @dibenarkan menjalankan upacara ‘mi­ring’ atau mengikut ritual semasa Pesta Kaul kerana ia didapati melibatkan kepercayaan yang bertentangan de­ngan ajaran Islam dan hukum syarak.

KUCHING – Jabatan Mufti Negeri Sarawak (JMNS) mengeluarkan fatwa bahawa memakan ulat sagu atau ulat mulong adalah haram dan dilarang dalam kalangan umat Islam di negeri ini.

Mufti negeri, Datuk Kipli Yassin (gambar kecil) berkata, masyarakat Islam di Sarawak perlu mengetahui keputusan fatwa itu dan tidak lagi terkeliru pada masa hadapan.

“Maksudnya di sini, orang bukan Islam tetap boleh memakan ulat sagu dan meneruskan upacara tersebut tetapi orang Islam tidak sepatutnya melibatkan diri,” katanya dalam satu kenya­taan di sini semalam.

Mengulas lanjut, Kipli memberitahu, keputusan fatwa yang melarang umat Islam memakan ulat sagu sebenarnya sudah lama diputuskan.

Katanya, dalam hukum fikah, semua jenis ulat tid#ak boleh dimakan kerana ia dianggap sebagai suatu yang jijik dalam Islam.

“Namun, ingin saya tegaskan bahawa kita bukan menghalang masyarakat bukan Islam memakannya. Kita tidak akan ganggu budaya mereka.

“Kita ada hukum agama masing-masing dan itu yang perlu diambil perhatian serius,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, berbeza dengan ulat kejumah iaitu ulat yang hidup di dalam pokok bakau kerana ia boleh dimakan.

Katanya, masih ramai masyarakat tidak tahu keputusan fatw#a membenarkan kejumah dimakan oleh orang Islam kerana ia bukan hidupan dua alam.

“Salah satu syarat makanan haram ialah umat Islam dilarang makan binatang dua alam dan ia tiada najis dan sebagainya. Hukumnya ‘harus’ dimakan,” katanya.

0 comment... add one now