Filem Suamiku Encik Perfect 10 Meletup RM2 Juta Di Pawagam

Selama 11 hari di pawagam, filem yang dibintangi Aaron Aziz dan Lisa Surihani ini sudah pun mengutip RM2.2 juta. Satu angka yang cukup memberangsangkan.# Mungkin rezeki Lisa Surihani yang sedang mengandung sekarang ini.



Power!!! Di kala kesuraman kutipan filem tempatan menghantui para penerbit pada tahun 2014, filem Suamiku Encik Perfect 10 membuktikan sebaliknya.

Filem ini diterb#itkan oleh Global Station Sdn Bhd dan merupakan adaptasi daripada sebuah novel. Pastinya para pembaca novel ini menjadi tunjang kepada kutipan yang memberangsangkan ini.

Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat menjayakan# filem ini. Semoga kutipan yang hebat ini akan berterusan untuk filem-filem tempatan yang lain. Teruskan menyokong filem berkualiti.

0 comment... add one now