Suami Kantoi Curang Selepas Ciuman Lampu Merah Tersebar

Suami Kantoi Curang Selepas Ciuman Lampu Merah Tersebar-Dia menyangka kecurangannya itu tidak akan diketahui sebaliknya aksi itu menjadi viral, hinggakan isterinya, Tian, berjaya mengesan penipuan tersebut melalui internet.

Seorang suami kantoi bercium dengan seorang wanita lain selepas gambar mereka menjadi sensasi di internet.

Hsin Sung, 43, merupakan cikgu sekolah memandu telah mencium anak muridnya ketika kenderaan itu berhenti di lampu isyarat merah dan telah berjaya dirakam oleh kamera di laluan berkenaan.

Bagaimanapun Hsin Sung akhirnya mengaku bahawa dia merupakan lelaki dalam gambar tersebut.

Namun dia tetap memberi alasan yang kononnya dia mencium untuk menenangkan wanita itu setelah gagal dalam ujian memandu.

0 comment... add one now