Ramai Pelajar 12-16 Dirogoll Rakan Sendiri-Beliau berkata statistik kes rogol di negeri ini juga menunjukkan pelajar sekolah berumur antara 12 dan 16 tahun mencatatkan angka tertinggi menjadi mangsa rogol.
“Maksudnya hampir 90 peratus suspek dikenali mangsa seperti ahli keluarga, teman lelaki dan kenalan mangsa. Kajian juga menunjukkan teman lelaki mangsa adalah golongan yang paling banyak terlibat dalam kes ini,” katanya semasa merasmikan ‘Seminar Remaja dan Seks Bebas: Kesan dan Akibat” di sini hari ini yang dihadiri anggota polis, guru, pelajar sekolah dan universiti dan penjawat awam.
Seminar sehari itu bertujuan memberikan kesedaran kepada golongan remaja tentang kesan pergaulan seks bebas, mendidik golongan remaja untuk menjauhkan diri daripada gejala seks bebas dan memberikan pendedahan kepada masyarakat tentang kepentingan kemahiran mendekati dan mendidik golongan remaja.
Ia dianjurkan Bahagian Siasatan Seksual/Wanita/Kanak-kanak Jabatan Siasatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang dengan kerjasama Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia dan Jabatan Pendidikan Pulau Pinang.
Thaiveegan berkata statistik dari tahun 2010 hingga Ogos 2014 menunjukkan penurunan peratusan kes rogol di negeri ini iaitu daripada 146 kes pada tahun 2010 kepada 62 kes pada bulan lepas.
Katanya ini berikutan peningkatan kesedaran dalam kalangan remaja berhubung isu itu hasil daripada tindakan ibu bapa dan guru yang memainkan peranan penting dalam mendidik mereka termasuk pendidikan agama dan juga seminar berkaitan.
“Mungkin selepas ini kami adakan seminar khusus untuk orang lelaki supaya mereka lebih menghormati dan menghargai wanita,” katanya.
Katanya dalam tempoh Januari hingga Ogos tahun ini berdasarkan pecahan mengikut kaum, Melayu menunjukkan kaum yang tertinggi menjadi mangsa rogol iaitu 38 orang, diikuti Cina (sembilan), India (tujuh) dan kaum-kaum lain (lapan).
Sementara itu, guru kaunseling Norniza Kader Mydin, 35, berkata perkembangan teknologi dan penggunaan telefon bimbit yang meluas mendorong para remaja untuk mudah terdedah dengan budaya kurang sihat.
“Kalau dulu boleh kira berapa orang yang ada telefon bimbit … sekarang semuanya di hujung jari. Apa yang penting bagi seorang pelajar itu ada ilmu kerohanian dan disiplin untuk kawal diri mereka.
“Dalam kawasan sekolah memang kami (guru) boleh pantau, dah keluar sekolah menjadi tanggungjawab mereka untuk jaga diri masing-masing,” katanya dan menurutnya guru sentiasa membimbing pelajar termasuk meminta mereka menjaga maruah diri. – BERNAMA
Katanya, statistik menunjukkan hanya 10 hingga 14 peratus suspek yang terlibat dalam kes rogol tidak dikenali oleh mangsa.
(gambar hiasan)
GEORGE TOWN – Hampir 90 peratus daripada kes rogol bawah umur dilaporkan melibatkan orang dikenali termasuk teman lelaki, kata Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk A. Thaiveegan.“Maksudnya hampir 90 peratus suspek dikenali mangsa seperti ahli keluarga, teman lelaki dan kenalan mangsa. Kajian juga menunjukkan teman lelaki mangsa adalah golongan yang paling banyak terlibat dalam kes ini,” katanya semasa merasmikan ‘Seminar Remaja dan Seks Bebas: Kesan dan Akibat” di sini hari ini yang dihadiri anggota polis, guru, pelajar sekolah dan universiti dan penjawat awam.