Dua Kanak-Kanak Dicabul Jiran

Dua Kanak-Kanak Dicabul Jiran-Penahanan lelaki berusia 63 tahun itu dilakukan selepas ibu mangsa membuat laporan polis dan dia ditahan di rumahnya, Jumaat lalu. 

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, kanak-kanak perempuan berusia 10 dan kakaknya berusia 12 tahun itu dipercayai dicabul suspek di rumah mereka. 

Kajang: Seorang lelaki warga emas ditahan kerana mencabul dua kanak-kanak perempuan yang juga anak jirannya, di Jalan Tenaga, Hulu Langat di sini, antara Mac 2013 hingga Februari lalu.

“Kejadian bagaimanapun dirahsiakan dua kanak-kanak ini sehingga mereka menceritakannya kepada seorang jiran baru-baru ini.


“Ibu mangsa berusia 48 tahun, turut membawa kedua-dua anaknya ke Hospital Kajang bagi melakukan pemeriksaan,” katanya.


Beliau berkata, hasil pemeriksaan doktor mengesahkan tiada kesan koyakan pada kemaluan kedua-dua mangsa.

“Suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang dan siasatan lanjut mendapati dia tidak mempunyai sebarang rekod jenayah.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan (KK),” katanya.

0 comment... add one now