Hari Raya Aidiladha Pada Hari Ahad 5 Okt 2014

KUALA LUMPUR- Umat Islam di negara ini akan menyambut Aidiladha pada Ahad ini, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Syed Danial Syed Ahmad mengumumkan malam ini. 


“Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka dengan ini saya mengisytiharkan bahawa 1 Zulhijah 1435 Hijrah ialah pada 26 Sept 2014 Masehi.

“Oleh yang demikian, Hari Raya Korban (10 Zulhijah) bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Ahad, 5 Okt 2014,” katanya.

Pengumuman itu disiarkan menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM). – BERNAMA

0 comment... add one now

:) :)) ;(( :-) =)) ;( ;-( :d :-d @-) :p :o :>) (o) [-( :-? (p) :-s (m) 8-) :-t :-b b-( :-# =p~ $-) (b) (f) x-) (k) (h) (c) cheer
click the icon and copy the shortcode
To insert emoticon you must added at least one space before the code.