Anak Dipaksa Mengoral Hingga Sakit Tekak – Perbuatan keji seorang bapa yang memaksa anaknya melakukan seks oral terbongkar apabila kanak-kanak perempuan berusia lima tahun itu dibawa ke hospital untuk pemeriksaan kerana mengalami sakit tekak.
Kanak-kanak itu dibawa ke Hospoital Jasin oleh ibunya pada Khamis lalu selepas dia menangis dan mengadu sakit mulut ketika menelan makanan.
Ketika doktor melakukan pemeriksaan dan bertanya punca kesakitan yang dialaminya, kanak-kanak itu secara spontan menceritakan perbuatan yang dilakukan oleh bapa kandungnya berusia 37 tahun itu.
Mendengar pengakuan anaknya, ibu mangsa yang berusia lewat 20-an membuat laporan di Balai Polis Bemban di sini pada Jumaat lalu berhubung kejadian berkenaan.
Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Muhd. Nur Hishamudin Hashim ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan mengenai perbuatan seks oral seorang bapa terhadap anak perempuannya.
Beliau berkata, sepasukan anggota polis menahan bapa mangsa yang bekerja sebagai pembantu kedai peralatan rumah di rumahnya di Asahan dan suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) untuk membantu siasatan.
“Suspek kemudian diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri pada hari sama dan direman empat hari sehingga Selasa ini bagi membantu siasatan,” katanya.
- Utusan Malaysia