Tungku Jalil Sakit Misteri Di Kunjungi Siti Nurhaliza Dan Najib

Tungku Jalil Sakit Misteri Di Kunjungi Siti Nurhaliza Dan Najib-Rakyat Johor ketika ini diselubungi oleh pelbagai persoalan tentang keadaan kesihatan anakanda kelima Sultan Johor, Tunku Abdul Jalil ibni Sultan Ibrahim, yang juga dikenali sebagai Tunku Laksamana Johor.
Sehingga kini tiada kenyataan rasmi daripada Istana Johor, mahupun kerajaan negeri, menyebabkan pelbagai spekulasi tentang kesihatan Tunku Abdul Jalil, yang difahamkan kini sedang dirawat di salah sebuah hospital di Singapura.
tungku jalil

TUNKU Abdul Jalil turut menerima kunjungan Datuk Siti Nurhaliza dan suami, Datuk Khalid Mohd Jiwa.

Menyedari spekulasi tentang keadaan kesihatannya, Tunku Abdul Jalil tmengeluarkan satu kenyataan menerusi laman rasmi Facebooknya hari ini.

"As Salam. Semenjak beberapa hari ini saya ada banyak terbaca rumours pelbagai versi mengenai penyakit saya daripada beberapa page lain. Saya amat berharap followers saya tidak mudah percaya kenyataan yang dikeluarkan page lain selain page saya ini. Terima kasih #TJ", titah baginda hari ini.


Bagaimanapun menerusi paparan gambar terbaru baginda sama ada menerusi akaun rasmi Facebook atau Instagram menunjukkan ramai pemimpin negara dan asing melawat Tunku Abdul Jalil di hospital negara jiran itu.
Antaranya termasuklah Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah; Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak; dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor; Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri; Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein; serta Panglima Angkatan Tentera.
Menerusi akaun Instagram, Tunku Abdul Jalil turut menyertakan gambar lawatan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong dan isteri Ho Ching.

Tunku Abdul Jalil di dalam laman Instragram baginda turut menyertakan gambar bersama Datuk Siti Nurhaliza dan suami Datuk Khalid Mohd Jiwa.


Pengguna laman sosial yang bersimpati dengan Tunku Abdul Jalil juga telah mewujudkan hastag #prayForTunkuJalil, dengan peminat-peminat bolasepak negeri itu memasang kain rentang bertuliskan hastag itu di pagar salah sebuah stadium ketika pasukan JDT bermain.-

0 comment... add one now

:) :)) ;(( :-) =)) ;( ;-( :d :-d @-) :p :o :>) (o) [-( :-? (p) :-s (m) 8-) :-t :-b b-( :-# =p~ $-) (b) (f) x-) (k) (h) (c) cheer
click the icon and copy the shortcode
To insert emoticon you must added at least one space before the code.