Gambar Budak Sekolah Agama Diajar Gosok Anjing

Gambar Budak Sekolah Agama Diajar Gosok Anjing-Wanita berkenaan yang dikatakan berkahwin dengan warga asing tidak sepatutnya mempengaruhi kumpulan kanak-kanak itu untuk membelai anjing kerana ia bercanggah dengan hukum agama, syarak dan budaya.

"Saya berharap bahagian JAJ mengambil tindakan segera terhadap wanita itu kerana perbuatannya menjejaskan sensitiviti umat Islam.

Agama Johor (JAJ) memandang serius berkaitan sebaran gambar di laman sosial Facebook berkaitan sekumpulan murid Sekolah Agama Bakar Batu yang memegang dan membelai seekor anjing.




Penasihat Majlis Agama Islam Johor Datuk Nooh Gadut berkata, mengikut maklumat diperolehi pihaknya, sekumpulan murid berkenaan meluangkan masa dengan membelai anjing selepas tamat waktu persekolahan.

Beliau berkata, difahamkan ia berlaku di kawasan luar sekolah agama dan ia disedari beberapa penduduk.

Menurutnya, pihaknya difahamkan kumpulan kanak-kanak berkenaan bertindak demikian selepas dipengaruhi seorang wanita beragama Islam.

"Begitu juga dengan kanak-kanak terbabit seharusnya diberi penerangan berkaitan hukum agama supaya tidak mengulangi perbuatan berkenaan.

"Anjing tidak sesuai dijadikan sebagai binatang peliharaan sebaliknya bagi tujuan memburu dan mengawal keselamatan, ia dibenarkan," katanya ketika dihubungi, sebentar tadi.

sumber
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Siasatmuridsekolahagamabelaianjing/Article/index_html

0 comment... add one now