Intan Ladyana Tuduh Kamal Adli Bohong

Intan Ladyana Tuduh Kamal Adli Bohong- Pelakon Intan Ladyana menganggap dakwaan kononya Kamal Adli, 29, terkejut dan tidak tahu tentang status hubungan mereka putus ketika Intan mengumumkan perkara itu adalah tidak benar.
bohong
Intan, 32, berkata, keputusan tersebut dilakukan setelah mereka berbincang dan memutuskan perkara tersebut terpaksa dilakukan sebagai jalan terbaik terhadap hubungan yang dibina hampir enam tahun itu.

"Bohonglah kalau dia kata tidak tahu dan terkejut dengan kenyataan saya bahawa hubungan kami sudah putus itu. Ini kerana tidak mungkin saya buat keputusan ini sendiri atau sengaja berlalu pergi begitu sahaja tanpa berbincang dahulu.

"Saya dah malas nak besar-besarkan cerita ini lagi dan saya harap kami masing-masing boleh mulakan hidup baru," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Isnin.

Intan berkata demikian apabila Kamal dipercayai terkejut dengan berita yang diumumkan Intan itu.

Malah Kamal dikatakan meminta sedikit masa untuk berbincang tentang perkara tersebut dengan Intan terlebih dahulu sebelum dia mengeluarkan kenyataan.






Menurut Intan, dia tidak lagi berhubung dengan Kamal sejak pendedahan itu dibuat dalam satu majlis pada 25 Ogos lalu.

"Buat apa saya jumpa dia untuk berbincang sebab hubungan kami memang sudah berakhir dan tiada apa nak dibincangkan lagi," ujarnya.

Sementara itu, ketika ditanya tentang gambar mereka berdua yang dimuat naik oleh Kamal beberapa hari lalu melalui akaun Instagram miliknya, Intan berkata dia tidak mengambil tahu tentang perkara tersebut.

Dia juga sudah tidak mengikuti laman Instagram Kamal dan begitu juga sebaliknya.

"Saya tidak tahu dia muat naik gambar apa kerana saya sudah tidak follow laman sosial dia, dan dia juga tidak follow saya.

"Bagi saya itu hak dia untuk memuat naik apa juga gambar yang diinginkan," ujarnya.

Intan turut berharap peminat yang masih berharap hubungan mereka kembali agar terus menyokong kerjaya masing-masing secara individu.

Kamal pada Khamis lalu memuat naik gambar percutian mereka tanpa sebarang kapsyen.

Sehingga Isnin, gambar tersebut mendapat sebanyak 5,982 likes dan 191 komen yang kebanyakannya berharap kedua-dua artis ini kembali bersatu.

Sementara itu, Kamal yang sebelum ini tidak bersedia memberikan sebarang komen tentang status hubungan mereka ini tidak menjawab panggilan telefon yang dibuat. - mStar

0 comment... add one now