Roberto Moyo, 59, dari Mpopoma mendakwa dia pernah hilang kewarasan dan dimasukkan ke institut pakar psikiatri tempatan selepas isterinya, Leandy Moyo, 52, menolak untuk bersenggama walaupun mereka tetap berkongsi katil dan selimut.
(gambar hiasan)
Harare: Seorang lelaki mengejutkan mahkamah selepas menangis dan bersungguh-sungguh merayu supaya hakim membenarkannya mencari kepuasan seksual secara bebas sebagai cara untuk ‘memperbetulkan’ isterinya yang ‘mogok’ sejak tujuh tahun lalu.Kata Moyo, selepas menerima terapi daripada doktor, dia dinasihati untuk tidak mengharapkan layanan daripada isterinya lagi.
“Tanpa layanan Leandy, tahap kesihatan saya semakin buruk,” katanya.
Moyo dan Leandy berumahtangga sejak 26 tahun lalu.
Mereka juga pernah mendapatkan kaunseling selama dua minggu atas nasihat mahkamah tetapi ia tetap gagal membawa ketenangan dalam hidup mereka.
Kata Moyo, dalam keadaan semasa dia pasti tidak mendapat apa yang diingini daripada Leandy.
Pada masa sama, katanya, agama anutannya, Katolik Roman, tidak membenarkan perceraian walau dalam apa keadaan sekali pun.
“Saya rasa sebenarnya hubungan antara kami sudah tidak wujud lagi dan saya merayu mahkamah memberi kebenaran khas kepada saya,” katanya.
Sementara itu, isterinya, Leandy berkata, suaminya seorang lelaki yang menyakitkan hati.
“Dia tidak suka tidur di rumah dan selalu pulang lewat sambil berlagak meniduri wanita lain.
“Saya tetap menganggapnya sebagai suami, cuma saya mahukan ketenangan di rumah,” katanya ketika ditemui.