Peminat Nampak Bikini Maria Farida Suruh Solat Istikarah


PETALING JAYA: Pelakon Maria Farida memberitahu ada pengikut di 
Instagram miliknya meminta agar dia melakukan solat sunat Istikarah
ekoran dia memuat naik gambar koleksi bikini yang mendapat kritikan ramai.

Maria, 44, berkata, pihak yang memintanya menunaikan solat itu seolah-
olah mempermainkan agama kerana tidak mengetahui tujuan sebenar 
ibadat  tersebut perlu dilakukan.

"Dalam banyak-banyak kritikan yang saya terima, ada peminat yang 
meminta saya buat solat sunat Istikarah dan adakah individu itu faham apa
tujuan solat itu?

"Bagi saya ada sesetengah pengikut ini memberikan kritikan secara kurang 
bijak dan begitu berani mempersendakan hal berkaitan soal agama," katanya 
kepada mStar Online.
peminat,artis,baju,fesyen

Maria sebelum ini memuat naik foto beberapa bikini dengan kapsyen 'Can't 
decide on which one... hmm' (Tak boleh putuskan yang mana satu... hmm).

Foto tersebut telah menimbulkan kekecohan daripada kalangan pengikutnya
terutama golongan lelaki yang memberikan komen-komen lucah kepada 
aktres itu.

Bagaimanapun kata Maria, disebalik dia dihentam teruk kerana gambar 
berkenaan,dia juga bersyukur apabila masih ramai yang memberikan kata-
kata teguran membina dan positif kepadanya.

"Mana-mana komen yang melampau saya padam tetapi yang tegur secara 
baik saya kekalkan kerana saya tahu mereka ikhlas dalam menegur saya 
dengan cara berhemah.

"Saya bukannya seorang yang ego sehingga tidak boleh menerima kritikan
dan pandangan orang lain tetapi biarlah dengan cara yang betul," katanya.

Sementara itu, Maria berkata, kontroversi bikini tersebut tidak sepatutnya
timbul kerana gambar itu bukan menampilkan dirinya mengayakan pakaian 
berkenaan untuk dipertontonkan kepada peminat di Instagram.

Kata Mariah, sebagai seorang wanita dia masih tahu menjaga batasan 
berpakaian tambahan pula usianya kini sudah mencecah 40-an.

Dalam perkembangan lain, Maria berkata, sepanjang bulan Ramadan dia
tidak menerima sebarang tawaran lakonan kerana ingin menggunakan 
kesempatan ini untuk melakukan solat Terawih.

"Alhamdulillah puasa tahun ini cukup tenang dan dapat menghabiskan masa
dengan buat solat Terawih bersama anak saya dan persiapan untuk Aidilfitri 
juga dibuat secara sederhana sahaja," katanya.-mstar

0 comment... add one now