Pemandu Bas Dapat Surat Amaran Kerana Pakai Kopiah

Pemandu Bas Dapat Surat Amaran Kerana Pakai Kopiah-Diskriminasi wanita bertudung di tempat kerja biasa kita dengar, tapi kali ini lain pula kesnya, seorang pemandu bas diminta memberi surat tunjuk sebab
untuk memakai kopiah semasa bekerja. Pemandu bas terbabit mendapat surat tunjuk sebab 
yang berbunyi seperti berikut:







Merujuk kepada laporan yang diterima, saudara telah melakukan perbuatan
yang bercanggah dengan terma-terma kerja saudara:

Saudara didapati mengingkari arahan masih memakai kopiah walaupun sudah
ditegur.

Adakah ini bermakna memakai kopiah satu adab yang kurang sopan atau
disenangi oleh pihak majikan pemandu bas berkenaan? Malaysia sebuah
negara islam. Adakah salah rakyatnya mempraktikan apa disunnahkan
oleh agama islam?


Bagaimana pula kesnya jika pemandu bas berkenaan seorang yang beragama
Singh? Adakah dia terpaksa membuang serbanya semata-mata hanya untuk
memandu bas? Banyak yang perlu dijawab oleh majikan pemandu bas tersebut.


Apa pun, diharap kes ini dapat diselesaikan dengan cara baik dan saksama
oleh pihak majikan tersebut.

0 comment... add one now