Nur Fathia ketika ditemui di sidang media drama bersiri Ariana Rose di Sri Pentas baru baru ini mengakui yang beliau masih berkawan rapat dengan Aiman Hakim Ridza namun tidak mahu melabelkan hubungan mereka sebagai pasangan kekasih.
“Selagi tiada jodoh, selagi itu saya tidak akan beritahu status hubungan kami. Secara umumnya, Aiman ada ciri-ciri calon suami idaman semua wanita. Dia bersikap realistik dan bijak walaupun masih muda. Apapun, saya harap semua orang boleh mendoakan kami ada jodoh”
Dalam masa yang sama, ada juga desas desus mengatakan aktress ini menjalinkan hubungan dengan seorang VVIP namun Nur Fathia menafikan semua itu kerana tidak pernah berjumpa mana mana VVIP dalam hidupnya selama ini.-RotiKaya