Dira Terlalu Aktif Berlakon Hingga Keguguran | Saya sendiri kurang pasti tentang keguguran ini, tetapi rasanya ia mungkin berpunca daripada diri saya yang terlalu aktif bekerja. Selepas apa yang berlaku, saya akan cuba elakkan diri untuk aktif dan akan segera membuat pemeriksaan sekiranya lambat datang bulan.
Punca pelakon Dira Abu Zahar keguguran - Disahkan mengandung oleh doktor berusia enam minggu, berita gembira itu tinggal kenangan apabila Dira Abu Zahar mengalami keguguran mengejut bulan lalu. Pelakon itu hanya menyedari perkara tersebut selepas terdapat ketulan darah yang keluar dari perut.
"Pada bulan lalu saya sedang menjalani penggambaran sebuah drama bersiri di Kemaman, Terengganu. Ketika itu, saya sedar sudah lewat datang bulan beberapa hari, namun saya tidak mengendahkannya dan beranggapan tiada sebarang masalah yang berlaku."
"Kemudian ketika saya sibuk bekerja, terdapat ketulan darah yang keluar dan saya terus dinasihatkan menjalani pemeriksaan di klinik. Selepas itu, penjelasan yang diberikan doktor agak mengejutkan saya."
Nampaknya, hasrat suami Dira, pengarah fotografi, Mohd. Helmi Mohd. Yusuf, untuk menimang cahaya mata buat kali pertama sejak berkahwin dua tahun lalu sedikit tergendala. Meskipun begitu, Helmi tidak cepat melatah dan menganggap apa yang berlaku ada hikmah di sebaliknya.
Bercakap tentang punca Dira keguguran, bekas isteri penyanyi Tengku Shafiz-Rullah Tengku Mohd. Shahid itu memberitahu kurang pasti namun tidak menolak terlalu aktif bekerja sebagai antara penyebab utama.
Dira Terlalu Aktif Berlakon Hingga Keguguran
Anonymous0 comment... add one now
Next post: ← Next Entries
Prev post: Previous Entries →