Punca Budak Jatuh Dari Euro Wheel Pulau Pinang | Budak enam tahun mengalami kecederaan organ dalaman selepas terjatuh dari ketinggian hampir 30 meterSeorang kanak-kanak berusia 6 tahun koma selepas terjatuh dari buaian 'Euro Wheel' di tapak pesta di Sungai Nibong, awal pagi tadi.Punca kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, kanak-kanak terbabit yang mengikut bapanya berniaga di tapak pesta berkenaan dikatakan menaiki buaian gergasi itu sebelum lampu dan bekalan elektrik dimatikan.
Panik dengan keadaan itu, kanak-kanak terbabit dikatakan membuka pintu sebelum dia terjatuh dari ketinggian yang mencecah hampir 30 meter.
Berikutan itu, dia mengalami kecederaan organ dalaman dan kini masih koma dan dirawat di Hospital Pulau Pinang (HPP)..
Susulan daripada itu, bapa mangsa membuat laporan polis berhubung kejadian terbabit kira-kira jam 4 pagi tadi.-HM
Punca Budak Jatuh Dari Euro Wheel Pulau Pinang
Anonymous0 comment... add one now
Next post: ← Next Entries
Prev post: Previous Entries →