Gambar Kesian Wanita Paling Kurus Di Dunia

Gambar Kesian Wanita Paling Kurus Di Dunia | Valeria Levitina merupakan wanita terkurus di dunia kerana penyakit anoreksia. Pada usia 39 tahun Valeria digelar sebagai mumia hidup kerana anoreksia yang di deritanya, Anoreksia telah memamah tubuhnya hingga menjadi kurus kering dan kelihatan seperti rangka hidup. Perempuan bertinggi badan 172 CM ini hanya mempunyai berat badan 25kg, yang sepatutnya berat tersebut dimiliki oleh seorang kanak-kanak berusia kira-kira 6 tahun.

Valeria adalah seorang perempuan berusia 39 tahun namun kerana penyakitnya itu dia kelihatan seperti seorang nenek berusia 60 tahun. Pada tahun 1989 orang tua Valeria memutuskan untuk pindah dari Moscow ke Amerika Syarikat. Ketika itu Valeria adalah seorang gadis yang sangat cantik,hidupnya begitu indah dan dikagumi oleh laki-laki kerana kecantikannya. Dengan modal paras yang cantik dan tubuh yang sexy dia menceburi dunia model pada tahun 1994. Obses terbesarnya adalahmenjadi "Miss Chicago", untuk mewujudkan obsesinya tersebut Valeria melakukan diet ketat dan mulai saat itulah bencana tersebut bermula.

Tubuhnya mulai tampak kurus walaupn pada awalnya masih kelihatan profesional, pada usia 19 tahun Valeria telah kehilangan banyak berat badan tapi masih kelihatan feminin dan profesional, pada usia 23 tahun dia kelihatan langsing sehingga pada usia 24 tahun beratnya hanya 38 kilogram dan saat ini beratnya hanya 25 kilogram dengan tinggi badan 172 CM, jadi anda boleh membayangkan bagaimana postur tubuh wanita ini.














































0 comment... add one now