Rayu Pencuri Pulangkan Abu Mayat Bapa

Savage, 29, berkata, abu mayat bapa mentuanya itu sentiasa dibawa bersama ketika menghadiri majlis keraian.Kami hanya mahu singgah sebentar kerana angin bertiup kencang ketika itu. Kami tahu kami tidak sepatutnya meninggalkan hadiah dan abu mayat itu di dalam kereta.

London: Sepasang suami isteri berputih mata pada hari Krismas selepas beberapa pencuri melarikan kereta mereka bersama-sama abu mayat milik bapa si isteri.

Michael Savage dan isterinya, Mel berkunjung ke kediaman rakan mereka di Loughton, Essex dari Bridgford Barat di Nottinghamshire pada Isnin.


Berikutan cuaca buruk, mereka berlari masuk ke dalam rumah rakan mereka dan meninggalkan banyak hadiah Krismas dan bekas berisi abu mayat itu di dalam BMW milik mereka, kata polis.

“Kami hanya mahu menghirup minuman panas dan berehat sebentar selepas keletihan berada di jalan raya melebihi tiga jam,” katanya.

Menurutnya, abu mayat bapa mentuanya disimpan di kediaman mereka di Nottinghamshire, tetapi dibawa ke mana-mana saja terutama dalam perjumpaan keluarga dan majlis perayaan.

Dia merayu pencuri terbabit memulangkan bekas berisi abu mayat itu ke balai polis berhampiran.

Polis Essex berkata, kereta berkenaan hilang antara jam 11 malam pada Isnin hingga 10 pagi pada Selasa di luar kediaman di Lower Park.

0 comment... add one now