38 Gambar Santiago Ratu Cantik Antarabangsa Ke-53

38 Gambar Santiago Ratu Cantik Antarabangsa Ke-53 | Itu merupakan impian saya. Terima kasih Jepun kerana memberi saya peluang ini.Dalam bencana alam itu, lebih 6,000 orang terbunuh selepas taufan tersebut melanda tengah Filipina.
TOKYO - Peserta dari Filipina, Bea Rose Santiago memenangi Ratu Cantik Antarabangsa kali ke-53 dalam satu pertandingan yang telah diadakan di sini pada malam kelmarin. Dalam ucapan kemenangannya, dia berharap akan menggunakan gelaran tersebut untuk membantu mangsa-mangsa Taufan Haiyan di negaranya sendiri.

Santiago telah menerima mahkota dari pemenang tahun 2008 dari Sepanyol, Alejandra Andreu.

Pemenang pada tahun lalu, Ikumi Yoshimatsu dari Jepun yang dilarang menghadiri majlis penyerahan mahkota itu oleh pihak penganjur.

Yoshimatsu dilarang menghadiri majlis itu kerana dia terlibat dalam perbalahan berhubung perjanjian dengan sebuah agensi pencari bakat berhubung isu kewangan.

Santiago, 21, dipilih daripada kalangan 67 peserta pertandingan tersebut.

Tempat kedua dimenangi oleh Nathalie den Dekker dari Belanda manakala peserta New Zealand, Casey Radley menduduki tempat ketiga. - Agensi

Newly crowned Miss International 2013 Bea Rose Santiago of the Philippines, first runner-up Miss Netherlands Nathalie den Dekker (L) and second runner-up Miss New Zealand Casey Radley pose for a photograph on stage after the 53rd Miss International Beauty Pageant in Tokyo December 17, 2013. Representatives from 67 countries and regions from all over the world took part in the pageant. (Photo: Reuters)


Recent interview:

Bea Rose's performance at Binibining Pilipinas 2013

0 comment... add one now