Selepas Dua Hari Mimpi Anak Lemas Jadi Kenyataan | Saya ceritakan tentang mimpi tersebut kepada beberapa orang lain dan tidak sangka ia jadi kenyataan apabila anak saya benar-benar ditemui mati di dasar sungai berhampiran pokok sagu itu,” katanya semalam.
Katanya, sebelum kejadian kelmarin kira-kira 11 pagi, anak ketiga daripada empat beradik itu keluar rumah bermain bersama rakan-rakannya tidak jauh dari rumahnya.
Katanya, sebelum kejadian kelmarin kira-kira 11 pagi, anak ketiga daripada empat beradik itu keluar rumah bermain bersama rakan-rakannya tidak jauh dari rumahnya.
Dalam kejadian itu, kanak-kanak malang itu, Mohammad Ali Haikal Mat Arif, 6, ditemui mati di anak sungai tersebut kira-kira jam 3 petang selepas dipercayai terjatuh ke dalam sungai kira-kira jam 12 tengah hari.
Bapa mangsa, Mat Arif Abdullah, 35, berkata, dia bermimpi kira-kira dua hari sebelum kejadian, anaknya itu terjatuh ke dalam anak sungai itu, berhampiran serumpun pokok sagu dan meninggal dunia.
Menurutnya, sebaik terjaga selepas mengalami mimpi itu dia terus menasihati Mohammad Ali Haikal agar tidak bermain di kawasan sungai itu, termasuk memberitahu perkara berkenaan kepada isterinya, Siti Hasliza Hussin, 30.
“Pada jam 12 tengah hari anak saya itu dikatakan buang air besar dalam semak dan rakan-rakannya suruh dia balik cuci, dan selepas itulah dia dikatakan ke anak sungai tersebut.
“Isteri saya mula tidak sedap hati dan keluar mencari Mohammad Ali Haikal selepas dia tidak pulang ke rumah walaupun jam 1 petang kerana lazimnya dia akan pulang makan sekitar jam 12 tengah hari kalau keluar bermain,” katanya.
Mat Arif berkata, dia dan orang ramai yang mencari mangsa mula mengesyaki anaknya terjatuh ke dalam sungai tersebut selepas mendapati terdapat basikal di tepi jalan berhampiran anak sungai yang terletak kira-kira 150 meter dari rumahnya itu.
Menurutnya, walaupun sungai itu sempit, tetapi kedalamannya hampir dua meter dan usaha mencari turut dilakukan penduduk kampung di sekitar kawasan pokok sagu itu.
“Seorang penduduk kampung yang menyelam menjumpai mayat anak saya di dasar sungai tidak jauh dari tebing,” katanya.
Peluk ibu tiba-tiba
Sementara itu, Siti Hasliza berkata, selain suaminya yang bermimpi anaknya mati, Mohammad Ali Haikal turut menunjukkan beberapa perubahan ganjil beberapa hari sebelum kejadian.
Antaranya dia sering datang memeluk ibunya dari arah belakang secara tiba-tiba dan memberitahu dia berbuat demikian kerana dia sayangkan emak.
“Dia kata dia peluk saya kerana dia sayangkan saya, sedangkan sebelum ini sikapnya tidak sedemikian. Dia juga sering berada di samping ayahnya ketika ayahnya sedang bekerja sebagai jurukimpal kereta,” katanya.
Dalam pada itu Siti Hasliza turut bersedih kerana anaknya bakal belajar di tahun satu di Sekolah Kebangsaan Seri Payong bila penggal persekolahan dibuka tidak lama lagi.
Mayat mangsa dibawa ke hospital untuk bedah siasat dan dituntut oleh waris petang kelmarin sebelum dikebumikan jam 10 malam hari yang sama di tanah perkuburan Islam Bukit Payong.
Ketua Polis Daerah besut, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan mengklasifikasikannya sebagai mati mengejutkan.
Menurut beliau, siasatan dan mendapati punca kematian mangsa adalah disebabkan lemas dan tidak ada unsur jenayah-Sinar Harian