Orang Dewasa Pun Nak Minum Susu Juga-Rita Rudaini

Orang Dewasa Pun Nak Minum Susu Juga-Rita Rudaini | Rita Rudaini tidak memperdulikan gosip mengatakan bekas suaminya,Aidil zafuan bakal berkahwin tak lama lagi dengan Zarema Zainal.Menurut Aktres jelita ini:

 "Saya tak nak komen. Mereka tidak ada kena mengena dengan saya dan saya tak peru ambil tahu", katanya ringkas ketika ditemui pada malam gala filem Balistik, di e@Curve, malam tadi.
 
Mengenai perkembangan tuntutan nafkah bagi anak-anaknya daripada pemain bola sepak Kebangsaan itu, Rita berkata kes tersebut masih berjalan. Tegas Rita, tuntutan sebanyak RM5000 sebulan itu relevan kerana jumlah tersebut adalah jumlah yang memang diperlukan sebagai pembelanjaan harian dua cahaya matanya itu.

 "Hanya orang yang mempunyai anak saja yang tahu dan faham tentang perbelanjaan anak-anak. Itupun saya dah bagi diskaun pada dia. Dan nasib bail saya bekerja.

 "Masa saya dengan dia pun, saya yang uruskan hal anak-anak. Lebih-lebih lagi dengan kos hidup di zaman sekarang. Kalau nak cakap, anak-anak dah besar tak payah lagi minum susu. Rasanya... orang dewasa macam kita pun, kena minum susu sampai tua, kan", katanya.

 Dalam masa sama, Rita berkata sungguhpun kehidupannya kini nampak mewah namun dia tidak pernah mengajar Airit Rayyan Rizqin (5 tahun) dan Airit Rafqa Arjuna (2 tahun) ke arah itu. Rita dan Aidil pernah bernikah di Songkhla, Thailand pada 28 Februari 2008.

Namun selepas berberapa tahun berdepan dengan konflik rumahtangga, akhirnya pada 3 Ogos lalu Aidil menceraikan Rita dengan talak 1 melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).

0 comment... add one now