FLORIDA - Sebanyak 13 buah robot pelbagai spesies hidupan marin dibina untuk merakam flora dan fauna di lautan , lapor akhbar Daily Mirror kelmarin.
Robot hidupan laut itu berjaya merakamkan beberapa adegan yang tidak pernah dilihat sebelum ini seperti detik seekor ikan lumba-lumba melahirkan anak, pergaduhan ikan pari dan aksi kawanan ikan berebut makanan.
"Robot-robot pengintip ini terpaksa bersaing dengan hidupan sebenar yang bergerak dengan lebih pantas," katanya.
Penerbit siri dokumentari itu yang juga seorang ahli zoologi, Rob Pilley memberitahu, setiap robot itu mempunyai satu fungsi tertentu untuk melakukan rakaman melibatkan kedalaman yang berbeza. - Agensi