5 Filem Melayu Yang Dijangka Meletup 2014

5 Filem Melayu Yang  Dijangka Meletup 2014 | Tahun 2013 menyaksikan filem-filem tempatan agak kurang mendapat sambutan di pawagam. Malah, filem KL Gangster 2 tidak berjaya mengutip jualan seperti yang diraih KL Gangster pada tahun 2011.

Selain berhadapan dengan masalah cetak rompak, kemerosotan penonton Melayu juga dipercayai kerana penonton mula hilang kepercayaan kepada filem-filem Melayu.

Berikut disenaraikan lima filem Melayu yang paling ditunggu-tunggu di tahun 2014:


Balistik

Filem ini membariskan pelakon ternama seperti Datuk Rosyam Nor, Rita Rudaini, Adi Putra, Syamsul Yusof dan ramai lagi. Ramai yang ternantikan filem ini selepas melihatkan aksi Rosyam dalam filem ‘KL Gangster 2’ yang memberikan impak kepada penonton dan ramai juga yang kagum dengan kebolehan Rosyam dalam melakonkan aksi lasak walaupun umurnya telah memasuki usia 46 tahun.

Bakal menemui khalayak umum pada 9 Januari 2014 nanti, filem arahan Silver Chung ini menjanjikan babak penuh aksi dan bakal memacu adrenalin penonton!






Kami Histeria

Bakal menemui penonton pada 6 Februari 2014, filem ini membariskan nama-nama besar seperti Diana Danielle, Sara Ali, Izzue Islam, Nad Zainal, Mila Jirin, Nur Fazura, Afdlin Shauki dan ramai lagi. Filem arahan Shamyl Othman ini mengisahkan mengenai sekumpulan gadis yang menubuhkan band mendapatkan bantuan langsuir untuk meraih populariti.

Pastinya penggemar filem hasil terbitan Red Films tidak sabar untuk menantikan ‘Kami Histeria’ kerana sebelum ini Red Films tidak pernah gagal dalam menghasilkan filem berkualiti tinggi seperti ‘Gol & Gincu’, ‘Istanbul Aku Datang’, ‘Pisau Cukur’ dan banyak lagi.







Hanyut

Tarikh tayangannya masih belum lagi disahkan, tetapi filem ini dijangka akan ditayangkan pada awal tahun 2014. Karya hebat daripada sutradara ternama U-Wei Haji Saari ini dibintangi oleh Diana Danielle, Adi Putra, Sofia Jane, Khalid Salleh, Alex Komang dan ramai lagi ini diadaptasikan daripada novel ‘Almayer’s Folly’ yang diterbitkan pada tahun 1895.

‘Hanyut’ mendapat respon positif ketika ditayangkan pada Festival Filem Asia Jogja – NETPAC yang berlangsung di Yogjakarta, Indonesia 29 November lalu. Ini membuatkan penggemar filem tempatan tidak sabar untuk menyaksikan ‘Hanyut’.






Manisnya Cinta di Cappadocia

Filem ini merupakan filem adaptasi novel berjudul ‘Manisnya CInta’ hasil nukilan Anis Ayuni. Dibintangi oleh Nur Fazura, Shaheizy Sam, Lisa Surihani, Eja, Faizal Hussein dan ramai lagi, filem ini masih belum mempunyai sebarang tarikh spesifik untuk tayangan, namun dijangka akan menjengah pawagam pada tahun 2014.

Selepas drama bersiri ‘Kisah Cinta’ yang berjaya menampilkan keserasian antara Fazura dan Sam, peminat mereka semestinya tidak sabar untuk menunggu tarikh tayangan filem ini.






Apokalips X

Khabarnya filem ini bakal ditayangkan pada tahun 2013, namun sehingga penghujung tahun, belum ada suatu tarikh yang betul-betul pasti bila filem ini bakal ditayangkan. Namun begitu, GUA mendapat tahu filem arahan Mamat Khalid ini bakal ditayangkan pada tahun 2014. Sama-sama nantikan filem lakonan Farid Kamil, Jehan Miskin, Peter Davis, Zoee Tan, Vassan, Adam AF, Iqram Dinzly, Pekin Ibrahim, Miera Leyana, Dazrin Kamarudin dan ramai lagi.

Walaupun kedengaran khabar angin mengatakan bahawa filem ini lambat ditayangkan kerana pengarahnya yang menghadapi masalah ekonomi, ramai penonton tidak sabar menanti buah tangan Mamat Khalid yang satu ini.
source

0 comment... add one now