Kanada – Seorang wanita sanggup menjalani pembedahan di bahagian telinganya hanya semata-mata bagi membolehkan dia kelihatan seperti orang bunian.
Pembedahan itu mengambil masa selama dua jam dan dilakukan pada 2011.

Dia yang juga seorang model berasal dari Guelph di Onatrio berkata, kehidupannya adalah berasaskan kepada filem The Lord Of The Rings.
Selain berambut panjang dan berpakaian seperti watak bunian dalam filem itu, dia juga lebih mendekatkan diri kepada alam sekitar.
“Saya sentiasa tertarik dengan orang bunian kerana mereka tidak bersalah, elegan dan mempunyai jiwa yang bebas. Mereka merupakan simbol kepada kebahagiaan dan kasih sayang,’’ katanya.
click the icon and copy the shortcode
To insert emoticon you must added at least one space before the code.