Liang Lahad Pondan Mati Direbus-Ibu Mayang, Nining Sukarni berkata, jenazah anaknya itu akan disemadikan di kawasan tanah perkuburan kampung mereka.
Lampung: Penduduk Suka Menanti kini dilaporkan bersedia membenarkan jenazah Mayang Prasetyo dikebumikan di kawasan kampung kelahirannya selepas rundingan dijalankan dengan pihak berkaitan.“Liang lahad sudah digali sejak minggu lalu,” katanya.
Bagaimanapun, kata Nining, mereka akan mengubah suai lubang itu supaya lebih lebar dan panjang untuk menyesuaikan keranda yang akan tiba dari Australia nanti.
Mayang atau nama sebenarnya Febri Andriansyah ditemui mati dan dicincang kekasihnya sebelum sebahagian tubuh itu direbus di apartmen mereka di Brisbane.
Suspek, Marcus Volke, 28, juga ditemui mati di kediaman itu dipercayai membunuh diri.
Mayang memang menjadi kontroversi sejak sebelum matinya.
Dia dilahirkan sebagai bayi lelaki sebelum menjalani pembedahan menukar jantina.
Penduduk Suka Menanti sebelum ini keberatan menerima jenazah Mayang, 27, untuk dikebumi di situ, tetapi hasil campur tangan badan bantuan guaman, pertikaian itu dapat diatasi.
Kata Nining, ukuran keranda Australia dan Indonesia berbeza.
Mengenai persetujuan dicapai, Nining berkata, mereka sekeluarga dapat bernafas lega sementara menunggu jenazah Mayang tiba.
Katanya, ia mungkin sampai di Lampung esok.(hari ini)
“Kami membuat persiapan seadanya walaupun keadaan Mayang tidak seperti yang kami harapkan.
“Kami reda dan berdoa semoga rohnya dirahmati,” katanya.