Gadis Kena Gilir-Gilir 7 Pelajar

Difahamkan dalam kejadian bermula pukul 1 pagi itu, mangsa yang berusia 19 tahun dikatakan dibawa ke premis pengajian berkenaan sebelum dirogol secara bergilir-gilir oleh tujuh lelaki.
Mangsa yang bekerja sebagai pembantu kedai dikatakan diajak oleh seorang suspek untuk keluar minum di kawasan berhampiran.
(gambar hiasan)


Seramai tujuh pelajar lelaki sebuah institut kemahiran ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes rogol di Temerloh, Pahang, semalam.

TEMERLOH 31 Okt. – Seramai tujuh orang pelajar sebuah institut kemahiran di sini ditahan kerana disyaki merogol seorang gadis secara bergilir-gilir pada 14 Oktober lalu.


Mangsa kemudiannya dikatakan dibawa suspek ke premis berkenaan sebelum dirogol secara bergilir-gilir oleh enam lelaki berumur antara 18 hingga 21 tahun.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Anuar Othman berkata, polis yang menerima laporan semalam telah berjaya mengesan tujuh suspek di sekitar Temerloh dan Mentakab.

Katanya, kesemua suspek telah ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

“Pada masa ini siasatan masih giat dilakukan dan siasatan akan dilakukan secara menyeluruh bagi menyelesaikan kes ini,” katanya.

0 comment... add one now