Ramli MS Dan Alyah Diserbu JAIS Mengaku Sudah Nikah-Selepas sekian lama berteka teki tentang status hubungan Datuk Ramli MS dan Alyah nampaknya itu semua sudah terjawab apabila pasangan ini disahkan sudah bernikah.
Perkara ini menjadi pengetahuan ramai selepas Pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengunjungi kediaman mewah komposer ternama itu di Bandar Kinrara awal pagi ini, dipercayai untuk menyiasat status hubungan beliau dengan penyanyi Alyah.
Dalam tinjauan pada jam 7.30 pagi oleh sembilan pegawai JAIS yang lengkap beruniform itu dikatakan mendapati mereka sudah berkahwin. Alyah dikatakan berada di banglo berkenaan ketika pegawai JAIS datang menyiasat.
Wartawan Berita Harian yang berada di tempat kejadian mendapati kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi milik Alyah berada di kediaman itu. Pekerja kontraktor yang mengubahsuai banglo juga memaklumkan pasangan itu kerap dilihat bersama.
Menurut sumber JAIS, pasangan itu sudah berkahwin sejak setahun lebih lalu. Katanya, Ramli dan penyanyi lagu Tak Mungkin Kerna Sayang itu akan ke JAIS dalam masa terdekat untuk berikan kenyataan serta bukti perkahwinan bagi tujuan pendaftaran.
Difahamkan pasangan itu bernikah di Batam, Indonesia tetapi belum mendaftar perkahwinan mereka di negara ini. Ramli yang berpakaian kemeja T berwarna ungu dan seluar melepasi paras lutut kelihatan tenang. Malah, beliau dilihat mengiringi pegawai JAIS keluar dari kediaman itu sejurus siasatan selesai sambil ketawa sesama mereka.