Mesej Pelik Arwah Dan Jenazah Mastura Pertama Tiba-Jenazah-jenazah akan diterbangkan dari Amsterdam melalui penerbangan pukul 9.15 malam Khamis (waktu tempatan) dan dijangka tiba di Kuala Lumpur pukul 9.45 pagi.
SEPANG: Jenazah pramugari, Mastura Mustafa merupakan yang pertama akan diturunkan dari pesawat pada Majlis Istiadat Penghormatan Jenazah Tragedi MH di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada Jumaat.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien berkata, urusan menurunkan 20 jenazah yang akan tiba dari Amsterdam telah ditetapkan mengikut urutan.
"Daripada apa yang kita lihat melalui istiadat raptai dan mesyuarat yang diadakan tadi, kita yakin segala persiapan telah dilakukan secara rapi dan kita sudah bersedia menyambut ketibaan jenazah esok (Jumaat).
"Seperti yang dijanjikan, kita mengumumkan senarai 20 jenazah yang akan dibawa pulang dari Amsterdam dan dijangka akan tiba di Kuala Lumpur pagi esok,” tambahnya pada sidang media pada Khamis.
Senarai jenazah yang akan diterima (mengikut turutan) pada majlis Istiadat Penghormatan Jenazah Tragedi MH17.
“Sayang tak akan selamanya sentiasa ada bersama abang suatu hari nanti. Sayang akan temui Allah dan takkan kembali, ” itu SMS terakhir diterima Mohamed Affendi Khairuddin, 43, suami kepada pramugari Penerbangan Malaysia (MAS), Mastura Mustapha, 40, yang terkorban dalam tragedi pesawat penerbangan MH17.
Mesej pilu dihantar Mastura pada malam 17 Julai sebelum pesawat MH17 berlepas dari Lapangan Terbang Schiphol, Belanda itu membuatkan hati Affendi tidak tenteram.