Gambar Penyokong Sarawak Merusuh Di Petrajaya

Gambar Penyokong Sarawak Merusuh Di Petrajaya-Rusuhan mula tercetus setelah perlawanan berakhir apabila penyokong Sarawak seperti hilang kewarasan dengan membaling botol minuman ke padang sambil memarahi Persatuan Bolasepak Sarawak. Polis terpaksa menembak gas pemedih mata untuk mengawal keadaan yang huru-hara.

Sebuah kereta peronda polis dibakar peyokong sarawak kerana tidak berpuas hati dengan keputusan perlawanan. Gambar :Utusan

KUCHING, 31 Ogos - Kerana pasukan mereka tersingkir dari Piala Malaysia setelah seri dengan Perak 1-1, penyokong pasukan Sarawak bertindak merusuh di Stadium Negeri Petra Jaya di sini malam tadi sekaligus mencemar kemeriahan negara yang sedang menyambut Hari Merdeka yang ke 57.



Keadaan huru-hara di Stadium Negeri semalam , Gambar, Harian Metro



Seorang penyokong di tahan , Gambar - Harian Metro

Pihak polis cuba mengawal keadaan dengan membawa kesemua penyokong ke luar stadium namun tindakan itu telah menyebabkan mereka marah dan mereka kemudian memecahkan pintu utama Stadium Negeri Petra Jaya. Pihak polis terpaksa melepaskan gas pemedih mata setelah amaran supaya bertenang tidak diendahkan oleh penyokong tersebut.

Beberapa penyokong pengsan kerana terperangkap di dalam kawasan yang dipenuhi gas pemedih mata -

0 comment... add one now