Erma Belum Diceraikan Walaupun Madu Mengandung-Bade

Erma Belum Diceraikan Walaupun Madu Mengandung-Bade-Pengarah filem dan drama, Bade tampil menjelaskan pelakon Erma Fatima masih lagi isterinya yang sah.
Bade memberitahu, cakap-cakap yang mengatakan Erma akan menfailkan penceraian adalah gosip semata-mata.

Pengarah filem KL Menjerit itu berkata, perasaan sayangnya masih menebal buat Erma selepas berpuluh tahun hidup berumahtangga.
"Erma masih lagi isteri saya dan cerita dia nak fail cerai itu gosip sahaja.


"Saya rasa tak ada apa yang perlu cakap dan komen jika benda tak berlaku sebab saya tak nak create benda yang tak ada.

"Cukuplah kali terakhir dahulu saya bagi kenyataan sudah bernikah," katanya.
Bade ditemui pada sidang akhbar Tribute P. Ramlee di Menara KL di sini hari ini.


Dia diminta mengulas cerita yang mendakwa Erma akan menfailkan penceraian kerana tidak lagi tahan hidup bermadu sejak Mac lalu.

Erma sebelum ini mengakui memberi keizinan dan kebenaran kepada suaminya itu untuk berkahwin dengan wanita bernama Aida yang kini sudah berbadan dua.

0 comment... add one now