Gol Pelik Berlaku Dalam Sejarah Bola Sepak Jurulatih Zainal Abidin

Gol Pelik Berlaku Dalam Sejarah Bola Sepak Jurulatih Zainal Abidin- Pahang pasti lega kerana membawa pulang tiga mata hasil kemenangan 2-1 ke atas LionsXII dalam aksi kedua Kumpulan A Piala Malaysia namun insiden ‘gol pelik’ pasukan tuan rumah masih menjadi bualan hangat selepas perlawanan di Stadium Jalan Besar itu berakhir kelmarin.

LionsXII mendapat gol lewat permainan selepas Safuwan Baharudin merampas bola yang pada mulanya disangka sudah terkeluar oleh pertahanan Pahang kerana terkena penjaga garisan Sabri Mat Daud yang berada di dalam padang sebelum pemain tengah itu mengumpan kepada Faris Ramli untuk dijaringkan.

Gol Pelik Berlaku Dalam Sejarah Bola Sepak Jurulatih Zainal Abidin-Jaringan gol itu tidak memberi kesan kepada kemenangan pasukan pelawat namun kapten skuad Tok Gajah Mohd Razman Roslan tetap mempersoalkan insiden itu.

“Memang gol kerana bola masih belum keluar dari kawasan permainan, tapi sepatutnya penjaga garisan berada di luar padang. Saya fikir bola sudah terkeluar kerana kalau bola terkena penjaga garisan mestilah di luar padang.


Sufian Anuar (dua dari kanan) diasak Razman.


“Jurulatih (Zainal Abidin Hassan) juga mengatakan tidak pernah berlaku dalam sejarah kariernya sebagai pemain dan jurulatih berlaku jaringan seperti itu,” kata pemain pertahanan itu.

0 comment... add one now