Keturunan Dan Asal-Usul Rosmah Mansor Tersebar-PADANG, 25 Ogos: Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, dijadualkan mengunjungi Sumatera Barat, pada Isnin, untuk lawatan tiga hari.
Duta Malaysia di Medan, Ahmad Rozian Abdul Ghani, berkata Rosmah akan menghadiri upacara adat di Istana Besar Pagaruyung, di daerah Tanah Datar.
Portal Tempo melaporkan, Rosmah akan menerima Darjah Kebesaran Kerabat yang Dipertuan Gadih Minang.
“Rosmah berketurunan Minangkabau, di mana kedua ibu bapanya berasal dari Sarilamak, daerah Limapuluh Kota,” katanya.
Selain itu, Rosmah juga dijangka menghadiri Festival Fesyen Islam yang berlangsung di Padang.
Pereka fesyen busana Islam dari kedua-dua negara mengambil bahagian dalam acara tahunan itu.
Sementara itu, isteri Gabenor Sumatera Barat, Nelvi Irwan Prayitno, berkata Rosmah umpama pulang ke kampung halamannya di Sumatera Barat.
“Lawatan ini adalah untuk mengeratkan hubungan kedua negara. Selain pulang ke kampung halaman, Datin Seri Rosmah juga berkesempatan melihat hasil tangan penduduk Minang di Kampung Minangkabau,” katanya