Khalid Dilarang Ke Luar Negara Untuk Jumpa Sultan Selangor-Minta maaf kepada anda kerana datang ke sini bukan untuk terlibat dalam keadaan ini. Itulah harga sebuah integriti," katanya ketika merasmikan Persidangan Integriti Tahun Ketiga PKNS di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC).
Khalid turut memetik hadith Rasulullah riwayat Bukhari yang menyentuh tentang amanah: "Sekiranya sesuatu urusan itu diserahkan kepada orang yang bukan ahlinya, maka tunggulah saat kehancuran."
"Minta maaf kerana perhatian yang diberikan kepada anda. Bagi saya, itu tidak mengapa, kerana saya memilih untuk menjadi ahli politik.... Jadi, saya terpaksa menghadapinya.
Menteri besar daripada Bebas itu mula mendiamkan diri dan mengelak daripada berjumpa wartawan sejak PAS pada Ahad lalu memutuskan kekal bersama Pakatan Rakyat dan bersetuju dengan pertukaran kerusi menteri besar.
Beliau ketika ditanya wartawan juga enggan memberikan sebarang komen, sebaliknya hanya tersenyum dan berlalu pergi sambil dikawal ketat oleh pegawai keselamatan.
Khalid semalam turut membatalkan semua program rasminya termasuk perjumpaan bulanan dengan kakitangan awam dan Mesyuarat Agung Tahunan Kelab Bola Sepak Selangor (FAS).
Menyentuh isu integriti, Khalid dalam ucapannya berkata PKNS menjadi tulang belakang pembangunan Selangor dengan membina 11 projek bandar dan perumahan untuk rakyat.
Tetapi katanya, pembinaan projek mega bukan lagi keutamaan sebaliknya rakyat lebih mementingkan transparensi, integriti dan tanggungjawab yang diamalkan oleh pentadbiran korporat yang baik.
Katanya, semakin banyak sektor korporat dan organisasi yang menekankan kepentingan tanggungjawab sosial untuk mendapatkan kepercayaan rakyat.
"Desakan supaya mementingkan tanggungjawab sosial semakin kuat setiap hari. Ia penting untuk negeri mendapatkan kepercayaan daripada rakyat," katanya.
PKNS menandatangani Ikrar Integriti Korporat (CIP) sejak November 2012 dan mengamalkan Sistem Integriti Korporat (CIS) bagi menggalakkan urus tadbir korporat yang baik dan mengelakkan amalan rasuah.
Khalid turut mengumumkan PKNS jimat RM416.5 juta sejak anak syarikat itu mengamalkan sistem open tender bermula tahun 2009.
Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani semalam mendedahkan Khalid menulis surat kepada Sultan Sharafuddin Idris Shah memohon perkenan menghadap baginda di luar negara.
Tetapi, Sultan Sharafuddin menitahkan Khalid supaya bersabar dan menunggu baginda pulang daripada bercuti dalam tempoh beberapa hari lagi. – 19 Ogos, 2014.-themalaysianinsider.com