Punca Pelakon S Shamsuddin Meninggal Dunia

Punca Pelakon S Shamsuddin Meninggal Dunia-Pelakon komedi era 1950-an seniman S Shamsuddin atau juga dikenali sebagai Sudin, 84, meninggal dunia di kediamannya di Singapura pagi tadi selepas mengadu sesak nafas.



Innalillahi wa inna ilaihi roji’un

Dikatakan Allahyarham menghembuskan nafas terkakhir di Hospital Universiti Singapura kira-kira jam 11 pagi..

Sudin atau nama sebenarnya Sahamsudin Dali dilahirkan pada 1 Jan 1929 di Pasir Panjang Singapura.. Allahyarham berkahwin dengan Puteh Esmoon pada 1954 dan dikurniakan tujuh orang anak..

Beliau merupakan pelakon komedi seangkatan dengan seniman agung Allahyarham Tan Sri P.Ramlee, Allahyarham AR Tompel dan Datuk Aziz Satar.. Gandingan mereka bertiga begitu popular dalam siri filem Bujang Lapok.. epanjang hayatnya Allahyarham telah membintangi kira-kira 30 filem termasuk filem Nujum Pak Belalang dan Ali Baba Bujang Lapok..

Semoga Allah mengampuni segala dosa-dosa allahyarham S.Shamsuddin dan menempatkan roh beliau dikalangan para solihin..

0 comment... add one now