Itu antara perkataan yang tertera di laman web http://eurobuksimulator2014.nl selepas dipercayai akses terhadap web itu disekat oleh seorang individu warga Belanda dikenali Anne Jan Brouwer.
Carian Harian Metro terhadap lelaki terbabit mendapati beliau adalah pakar perisian komputer dan mempunyai laman web peribadi terhadap beberapa program pembangunan perisian.
Anne Jan yang dipercayai pakar komputer bertindak demikian selepas permainan itu dikecam hebat rakyat Belanda dan dilihat tidak menghormati sensitiviti keluarga mangsa tragedi terbabit yang menjadikan nahas berkenaan sebagai satu bahan jenaka.
Selain itu, semua pautan ke laman web permainan itu juga sudah disekat dan tidak boleh dilihat oleh semua pelayar.
Malah, di Facebook Harian Metro juga beberapa individu mengecam hebat tindakan pengendali laman web itu yang seperti tidak sensitif dengan perasaan ahli keluarga mangsa.