Gua berkenaan tidak luas dan saya terhidu bau wangi seperti mana dikatakan itu adalah haruman percikan darah Rasulullah di dinding gua tersebut," kata beliau sejurus keluar dari situ kepada petugas media Malaysia.
MADINAH 23 Ogos - Editor ntv7, Redzuan Manap berpeluang memanjat masuk sebuah gua dalam jajaran Bukit Uhud di sini semalam yang merupakan tempat Nabi Muhammad SAW dibawa oleh beberapa sahabat setelah tercedera dalam Perang Uhud.
PENGUNJUNG perlu memanjat bahagian luar gua setinggi tiga meter untuk sampai ke gua tempat Rasulullah SAW dibawa setelah tercedera dalam Perang Uhud, di Madinah
Untuk memanjat masuk ke gua tersebut memerlukan seseorang itu berkasut sukan dan berhati-hati kerana perlu terlebih dahulu mendaki dari kaki Bukit Uhud sejauh 100 meter yang penuh berkerikil dan berbatu besar.
Apabila tiba di depan gua yang separuhnya sudah disimen, kecekalan diperlukan lagi untuk memanjat bahagian luar gua setinggi tiga meter lagi.
Bukit Uhud merupakan kawa-san bersejarah yang dulunya mencatatkan sejarah hitam kekalahan pertama tentera Islam di tangan tentera kafir Quraisy.
Beberapa petugas media turut berdoa ketika melalui makam Saidina Hamzah berdekatan Bukit Uhud yang turut dikebumikan bersama 69 pejuang Islam yang mati syahid dalam Perang Uhud.
Saidina Hamzah dibunuh oleh orang suruhan Hindun Utbah bernama Wahsyi AlHabsyi bagi membalas dendam terhadap kematian bapanya dalam Perang Badar sebelum itu. Setelah dibunuh, Hindun mengeluarkan jantung Saidina Hamzah dan dimakan.
Makam Sayyidina Hamzah bin Abdul Muthalib (paman Nabi Muhammad saw) dan Abdullah bin Jahsyi (sepupu Nabi Muhammad saw) ditandai dengan batu-batu hitam. Sedangkan 68 makam syuhada berada di sampingnya tanpa ada tanda.
Makam Saidina Hamzah hanya diletakkan batu-batu bukit berwarna hitam dan di sekitar makam itu pula menempatkan para syuhada yang lain tanpa batu nisan.
Kawasan perkuburan itu yang terletak di sebelah masjid dikeli-lingi oleh pagar besi berlatarbelakangkan Bukit Uhud.
Dalam pertempuran itu, Rasulullah saw juga mengalami luka-luka yang cukup parah. Bahkan, sahabat-sahabatnya yang menjadi perisai pelindung Rasulullah saw, gugur dengan tubuh dipenuhi anak panah.
Setelah perang usai dan kaum musyrikin mengundurkan diri kembali ke Makkah, Nabi Muhammad saw memerintahkan agar para sahabatnya yang gugur dimakamkan di tempat mereka roboh, sehingga ada satu liang kubur untuk memakamkan beberapa syuhada. Jenazah para syuhada Uhud ini, akhirnya dimakamkan dekat lokasi perang serta dishalatkan satu per satu sebelum dikuburkan.
Adapun Sayidina Hamzah bin Abdul Muthalib, dishalatkan sebanyak 70 kali. Beliau pun dimakamkan menjadi satu dengan Abdullah bin Jahsyi (sepupu Nabi Muhammad saw) di lokasi terpisah dengan lokasi para syuhada yang lain.
Bagi mereka yang menziarahi kawasan itu akan dapat melihat bukit kecil berhampiran makam tersebut iaitu kawasan di mana pasukan pemanah berkuda me-langgar arahan Nabi Muhammad SAW apabila turun dari kedudukan mereka untuk merebut harta rampasan perang sebelum tentera Quraisy menyerang balas.
WAKIL media berkesempatan memasuki gua Uhud.
Lokasi Bukit Uhud, di sini, yang menjadi antara lokasi ziarah jemaah haji Malaysia yang bakal tiba pada 27 Ogos ini, tenang dengan kehadiran peniaga tempatan menjual pelbagai buah tangan kepada pengunjung menziarah kawasan itu.
Bukit Uhud yang terletak empat kilometer dari pusat bandar Madinah turut menempatkan makam syuhadah mereka yang terkorban dalam Perang Uhud, termasuk bapa saudara Rasulullah, Saidina Hamzah Abdul Mutalib.
Di lokasi ini juga terletak bukit pemanah yang menjadi lokasi tentera nabi berada ketika perang yang terkenal dalam sejarah Islam itu.
Kumpulan 25 wakil media Malaysia yang membuat liputan musim haji tahun ini dibawa petugas Tabung Haji (TH) meninjau lokasi berkenaan sebagai persediaan sebelum ketibaan jemaah haji pertama, minggu depan.
Pada kesempatan itu juga, wakil media dibawa mendaki dan diberi penerangan mengenai sejarah Bukit Uhud selain melihat dengan lebih dekat gua yang menjadi tempat nabi bersembunyi selepas cedera dalam perang berkenaan.
Dalam peperangan itu, 700 tentera Islam berdepan 3,000 tentera musyrikin Quraisy.
Penulis juga berkesempatan sampai di depan gua, selepas tiga rakan wartawan tempatan memanjat dinding batu di depan pintu gua setinggi hampir tiga meter sebelum merakam keadaan di dalam gua.
Alhamdulillah, penulis bersyukur semuanya berjalan dengan baik sebelum rakan media menuruni bukit selepas hampir 30 minit berada di bukit itu untuk kembali semula ke pusat bandar Madinah.
Wartawan NTV7 Mohd Redzuan Manap yang memasuki gua itu mengakui teruja dapat memasuki gua yang terpahat kukuh dalam sejarah Islam itu.
“Berdasarkan keadaan di dalam gua itu, ia boleh dimasuki dua individu secara mengiring pada satu-satu masa selain sekali sekala dapat menghidu bau wangi,” katanya.
Malah, Mohd Redzuan berkata, pengalaman itu sungguh bermakna walaupun terpaksa berhati-hati ketika mendaki selain memanjat benteng secara perlahan-lahan di depan pintu gua itu.
Lokasi Persembunyian
Di dalam peperangan ini baginda telah luka dan 4 gambar ini menujukkan tempat dimana baginda telah berehat dalam keadaan letih dan berdarah.
Walaupun gua ini kecil dan telah ditutup oleh pihak yang tidak diketahui, keharuman bau wangi yang dikatakan kesan darah baginda saw masih berbau wangi dan penulis sendiri telah mencium bau yang sangat wangi ini keluar dari simen yang telah dibuat.
Agak tinggi dan tak ramai orang tahu kedudukan tempat gua ini. Adalah mustahil bau ini dari haruman minyak attar sebab tidak ramai orang yang naik keatas gua ini dan jika dibandingkan dgn gua hirak tempat wahyu pertama yg sentiasa penuh dgn penziarah ianya tidak bernau harum seperti disini.
Tambahan pintu yang telah ditutup menghalang pergerakan masuk kedalam gua ini. Ada beberapa tempat lagi yg masih tinggal segar dgn kesan peninggalan rasulullah saw.
Rasulullah saw bersabda,
”Mereka yang dimakamkan di Uhud tak memperoleh tempat lain kecuali ruhnya berada didalam burung hijau yang melintasi sungai Surgawi. Burung itu memakan makanan dari taman surga, dan tak pernah kehabisan makanan. Pada syuhada itu berkata siapa yang akan menceritakan kondisi kami kepada saudara kami bahwa kami sudah berada di surga.”