Mati Kerana Tidur Dalam Kereta Dengan Aircond Terpasang

Mati Kerana Tidur Dalam Kereta Dengan Aircond Dipasang-Seorang saksi yang juga pekerja stesen minyak terbabit dan enggan dikenali berkata, dia pada awalnya pelik melihat kenderaan berkenaan yang lama berada di parkir namun tidak mengendahkannya kerana menyangka kedua-dua mangsa mungkin kepenatan dan berhenti berehat.

Lemas kerana menghidu gas karbon monoksida di sebuah stesen minyak di kawasan rehat dan rawat (R&R) Juru menghala ke Selatan, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 7.30 malam, Rizuan Ismail, 35, dan Ong Cheng See, 39, ditemui tidak bernyawa dalam keadaan tersandar di kerusi pacuan empat roda jenis Ford Escape terbabit oleh orang awam yang berhenti mengisi minyak.

Orang awam yang curiga kemudian memberitahu pekerja stesen minyak sebelum mereka menghubungi polis untuk memaklumkan kejadian.

Ong ditemui di tempat duduk pemandu dengan mukanya ditutup jaket, manakala Rizuan berada di tempat duduk penumpang dan kedua-duanya kaku, dipercayai terhidu gas yang terhasil daripada penyaman udara kenderaan berkenaan.

“Bagaimanapun, ada pelanggan yang mahu mengisi minyak curiga melihat keadaan dua mangsa terbabit sebelum dia memaklumkannya kepada saya.
aircond,tidur dalam kereta


ANGGOTA forensik memeriksa kereta mangsa selepas dimaklumkan orang awam.

“Saya mengetuk cermin tingkap kenderaan berkenaan namun tiada tindak balas sebelum saya menghubungi polis dan bomba untuk meminta bantuan,” katanya. Sementara itu, Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah dalam kes berkenaan.

“Bagaimanapun, kita akan siasat kes ini secara terperinci, termasuk meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di stesen minyak berkenaan. Setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya yang ditemui di lokasi kejadian.

Mayat Rizuan yang berasal dari Kedah dan Ong dari Melaka dibawa ke Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat. Usaha menemubual keluarga dan isteri Rizuan tidak berhasil kerana masih bersedih dengan kejadian.-hmetro

0 comment... add one now