Cara mencantikkan dan Membahagiakan Kucing Anda

Cara mencantikkan dan Membahagiakan Kucing Anda-Anda membuat keputusan utk membela anak kucing. Kini anda telah bersiap sedia untuk memilikinya. Penjagaan anak kucing yang rapi dan betul adalah penting kerana ia akan mencerminkan bagaimana anak kucing ini akan menjadi dewasa kelak. Berikut adalah 10 cara untuk anak kucing anda membesar dengan penuh yakin, dan penuh kasih sayang sehingga umur menjadi kucing dewasa.

 
1. Pastikan anda dan keluarga anda bersedia terlebih dahulu, sebelum kedatangan anak kucing. Anda juga perlu menyediakan keperluan asas membela kucing seperti, permainan, makanan, tandas kucing, alat mencakar, dan tempat rehat atau tidur. Ini akan mencepatkan anda menyesuaikan kucing baru dengan suasana baru.
 
2. Sentiasa membelai anak kucing anda. Belaian dari seorang tuan boleh membentuk seekor kucing yang patuh pada peraturan dan rasa disayangi. Jangan sesekali berkasar dengan anak kucing anda. Perasaan takut boleh terbawa-bawa sehingga dewasa atau selamanya.

3. Pastikan anda memberi perhatian berat dan jagaan rapi kepada anak kucing setiap hari. Ini termasuk, “grooming”, mencuci muka (kawasan sekitar mata dan hidung), dan mencuci telinga. Anda tidak perlu terlalu kerap memandikan kucing, hanya mandi jika kucing dalam keadaan kotor. Jika anak kucing berasa selesa dengan semua aktiviti ini, akan menjadi mudah untuk anda melakukannya apabila anak kucing menjadi dewasa.
 
4. Kenalkan kucing anda dengan seluruh kawasan rumah anda. Ini termasuk, ahli keluarga, kanak-kanak, haiwan peliharaan, dan lain lain. Dengan melakukan semua ini, anda akan membuat kucing kesayangan anda berasa lebih yakin dengan suasana baru, dan gembira.
 
5. Bermain dan bercakap dengan nya setiap hari. Kucing yang bosan akan sering melakukan kerosakan di rumah. Seperti merosakkan perabot rumah. Kerap bermain dan melayan kucing anda akan merapatkan lagi hubungan anda dengan nya. Semua ini bagi mengelakkan kucing anda hidup dalam kebosanan.

6. Sediakan makanan yang pelbagai dan sesuai untuk anak kucing. Ini bagi memastikan anak kucing anda akan biasa dengan pelbagai jenis diet, dan mengurangkan masalah cerewet.
 
7. Memberi teguran awal adalah penting. Anak kucing juga seperti kanak-kanak kecil. Mereka suka mencuba sesuatu yang diluar jangkaan. Contoh nya, mencakar sofa, menggigit, melompat ke tempat yang tinggi, mencakar langsir, dan lain lain. Jika anak kucing anda melakukan semua ini, cuba hentikan mereka dengan mengatakan “Stop” atau “JANGAN” (jangan menjerit, guna nada suara yang rendah sahaja), dan alih kan anak kucing ke tempat lain, jauh dari tempat kejadian tadi. Adalah mudah untuk mengajar anak kucing sewaktu mereka kecil berbanding mengajar kucing dewasa. Maka, anda perlu membuat undang-undang kepada anak kucing – yang boleh di buat, dan tidak boleh di buat, tempat yang boleh di masuki dan tempat yang di larang. Kucing adalah haiwan yang mudah memahami kehendak kita.
 
8. Jangan terlalu “memberi muka” kepada anak kucing anda. Sesetengah anak kucing anak mengeluarkan bunyi “meow” yang berpanjangan jika tidak dapat apa yang mereka mahu. Jika ada melayan kehendak kucing anda dengan salah, tabiat mengeluarkan bunyi “meow” yang berpanjangan anak menjadi kebiasaan sehingga dewasa.
 
9. Pastikan keadaan kucing anda selamat. Jauhi mereka dari bergaduh, jatuh dari tempat yang tinggi, di buli oleh kanak-kanak, atau haiwan haiwan seperti anjing. Jika ini sering berlaku, ia akan memberi impak negative apabila dewasa kelak.

10. Terima anak kucing anda seperti seorang bayi yang penuh dengan semangat dan tenaga. Anda harus terima kerosakkan yang dilakukan oleh seekor anak kucing. Jika anda mahu kucing, terima lah apa juga keadaan sekali pun. Ia bukan nya sesuatu yang mudah.

0 comment... add one now