Maut Menanti Tidur Dengan Aircond Terpasang

Maut Menanti Tidur Dengan Aircond Terpasang-Saya terpanggil untuk menulis perkara ini kerana kekesalan terhadap tragedi kehilangan nyawa tiga kanak-kanak akibat berada dalam kereta berhenti terlalu lama ketika enjin terus dihidupkan.

Orang boleh mudah berkata bahawa ajal mereka sudah tiba tetapi bahaya menghidu asap kereta ini boleh dikatakan berlaku di merata-rata tempat.

Sering kali saya melihat ibu bapa meninggalkan anak mereka dalam kereta dengan tingkap tertutup rapat dan enjin serta pendingin hawa terus dihidupkan.

Lebih-lebih lagi apabila anak-anak mereka tidur dan menyangkakan bahawa perbuatan itu paling selamat, maka dibiarkan pendingin hawa dan enjin hidup.

Kalau anda melakukan perjalanan jauh di lebuh raya, terutama semasa cuti sekolah ini, anda akan dapat temui banyak orang melakukan perkara ini.

Oleh kerana mungkin sudah penat dan hari pun sudah jauh malam, maka mereka akan meletakkan kereta di tempat rehat, dan ramai-ramai tidur dalam kereta.

Untuk keselesaan, mereka akan menghidupkan pendingin hawa, dan oleh itu terpaksa jugalah menghidupkan enjin mereka. Dan untuk keselamatan, mereka akan kunci pintu dan tingkap.

Masa berjalan, satu jam, dua jam, tiga jam dan kalau mereka lambat bergerak, sudah pasti karbon monoksida daripada asap kereta akan memasuki kereta dan membunuh mereka.

Perbuatan ini amat berbahaya tetapi banyak orang tidak tahu tentangnya. Kadangkala cerita keluar dalam surat khabar tentang kejadian-kejadian seumpama ini. Tetapi ia hanya menceritakan maklumat mengenai kejadian itu, tidak lebih daripada itu.

Tetapi dalam kejadian di Johor Bahru yang terbaru ini, Mingguan Malaysia ada menyiarkan pandangan pakar-pakar mengenai bahaya asap kereta. Saya harap orang ramai ambil perhatian perkara ini. Jika tidak kanak-kanaklah yang selalu menjadi mangsa.

Beberapa tahun dahulu, ada kejadian kanak-kanak mati di Amerika Syarikat (AS) kerana ditinggalkan ibunya dalam kereta berjam-jam lamanya. Di bawah kepanasan matahari dengan pendingin hawa bersama enjin dihidupkan, maka apabila ibu itu pulang, sudah tentu anaknya sudah tiada lagi.

Tidak lama dahulu, ada pasangan dalam Kancil ditemui mati. Walau apapun yang mereka lakukan tetapi pastinya pendingin hawa dihidupkan bersama enjinnya.

Ada kala apabila saya sendiri melihat kanak-kanak ditinggalkan tidur dalam kereta yang tidak bergerak, saya sering kali menegur ibu dan bapa yang terlibat. Jawapan yang mereka berikan hanyalah: `Yakah? Sekejap saja.''

Saya cadangkan pengetahuan tentang keselamatan kereta ini dihebahkan secara meluas. Ia harus diberitahu ketika seseorang membeli kereta atau masukkan dalam kurikulum sekolah memandu.

Dari segi undang-undang, tidak ada kesalahan meninggalkan kanak-kanak tidur di dalam kereta yang tidak bergerak dengan pendingin hawa serta enjin yang hidup. Tetapi padahnya adalah maut.

Saya juga cadangkan kepada pembuat-pembuat kereta di seluruh dunia supaya mencari jalan mengatasi bahaya asap kereta ini.

Nampaknya, kejahilan banyak mendatangkan mudarat. Orang ramai mesti meningkatkan pengetahuan mereka tentang bahaya-bahaya seumpama ini. Baik dalam soal kenderaan mahupun di rumah.

Di sini saya juga ingin mencadangkan selaras dengan kepentingan masyarakat bermaklumat, pengetahuan tentang punca sesuatu kemalangan jalan raya hendaklah dihebahkan sebagai peringatan kepada orang ramai.

Sebagai contoh, katakanlah kalau kapal terbang jatuh, maka seluruh pakar pesawat akan mencari dan mengenal pasti kemalangan itu serta dilakukan tindakan bagi mengelakkan kemalangan seumpama itu.

Tetapi dalam hal kemalangan jalan raya atau apa saja kecelakaan yang berpunca daripada kenderaan, kita hanya diberitahu tentang jumlah kematian dan tempatnya.

Alangkah bermanfaat jika pihak polis atau sesiapa yang bertanggungjawab menerangkan bagaimana sesebuah kemalangan itu terjadi dan memberitahu punca-puncanya.

Kalaulah akibat kelajuan, maka diperingatkan akan jangan memandu laju di kawasan-kawasan tertentu. Begitu juga kalau akibat kegagalan brek, maka dikajilah mengapa terjadi begitu dan apa langkah yang perlu diambil.

Jika ini dilakukan maka setiap kali berlakunya kemalangan, maka ia menjadi peringatan dan pengajaran. Pemandu yang berpengetahuan akan menyelamatkan banyak nyawa.

Seterusnya masyarakat yang bermaklumat akan meningkat mutu hidup.

Saya berpendapat bahawa kemalangan mempunyai banyak jenis. Ada yang betul kemalangan. maknanya, kita sudah berhati-hati dan mengambil semua risiko, tetapi ia berlaku juga, maka itu barulah disebut sebagai kemalangan hakiki.

Tetapi kalau kemalangan berlaku kerana cuai maka itu tidak boleh disebut sebagai kemalangan. Malah ia harus dikatakan sebagai kecuaian. Ia boleh diatasi jika kita kurangkan kecuaian.

Satu lagi jenis kemalangan ialah ia berlaku kerana kejahilan kita. Ini lagi malang. Janganlah kita jadi masyarakat yang terhantuk baru tengadah.

- SIDEK ADAM, Pontian, Johor.



AWAS !! Bahaya Tidur Dalam Kereta Tidak Bergerak Dengan Memasang Aircord – Lima keluarga meninggal dunia dipercayai sikap keluarga tersebut tidur dalam kereta terutama ketika cuaca panas. Kejadian berlaku di dalam kereta milik mereka Proton Iswara di kedai penghawa dingin di Jalan Serangkai 4, Taman Bukit Dahlia, Masai kelmarin.

Tujuan lima keluarga tersebuat dilakukan untuk memberi keselesaan kepada mereka untuk tidur, namun yang demikian tidak menyangka menjadi punca kematian lima beranak berkenaan.

Ketika ditemui, mereka dalam keadaan yang selesa tetapi malangnya cermin kereta tertutup menyebabkan gas beracun memasuki kereta. Laporan bedah siasat akan dijalankan ke atas lima mayat tersebut berikutan sample darah dan air kencing perlu dihantar ke Jabatan Kimia untuk mengenalpasti punca sebenar kematian.

Mangsa, Lim Kah Weng, 32, isterinya, Tiew Ong Nee, 34, serta anak mereka, Lim Yah Bin, 11, Lim Sim Loo, 9, dan Lim Sim Tian, 4 dipercayai meninggal dunia akibat kekurangan oksigen beberapa jam selepas tidur dalam kereta dengan penghawa dingin dihidupkan, namun kereta itu tidak bergerak.

0 comment... add one now