Video Tarawikh 23 Rakaat Siap 7 Minit Jadi Viral

Video berdurasi hampir 3 minit itu memaparkan solat Tarawih dan Witir terpantas di dunia kini mula viral dan mendapat perhatian nitizen.

Menurut MetroTv Indonesia, solat Tarawih 23 rakaat dan Witir "kilat" dapat diselesaikan dalam masa 7 minit sahaja. Cara solat sepantas ini telah dipraktikkan selama berabad lamanya di Pondok Pesantren, Blitar, Jawa Timur itu. 

Solat Tarawih merupakan salah satu ibadah sunat yang dikerjakan pada bulan Ramadan selepas solat Isyak. Seperti mana yang kita sedia maklum, antara rukun solat adalah menunaikan solat dengan tuma'ninah (tenang sejenak setelah semua anggota badan berada pada posisi sempurna ketika melakukan suatu gerakan rukun solat)

Namun lain pula cara solat Tarawih dan Witir yang berlaku di sebuah masjid yang terletak di Indonesia.

Oleh kerana solat Tarawih dilakukan dengan sangat cepat, hal itu menarik minat ramai penduduk sekitar dan juga luar kawasan itu untuk mengerjakan solat Tarawih di masjid itu.

Bagaimanapun, video itu menjadi perdebatan agama antara nitizen tentang hukum mengerjakan solat sepantas itu. - CARI

0 comment... add one now