Pameran rambut Tok Guru Nik Aziz telah mencetuskan perbahasan di dunia maya.Terdapat komen yang menyatakan tidak perlu mempamerkan rambut Tok Guru. Namun ada juga yang mempertahankannya.
KOTA BHARU: Galeri khas Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat diwujudkan dengan menempatkan pelbagai khazanah peninggalan Tok Guru termasuk himpunan kaset kuliah agama, gambar-gambar, album keluarga dan pakaian hariannya ditempatkan di Institut Pemikiran Tok Guru (IPTG).
Pelancaran Galeri Tok Guru di IPTG yang terletak di sebelah Bilik Gerakan Negeri dirasmikan Menteri Besar Ustaz Datuk Ahmad Yakob.
Turut dipamerkan koleksi tulisan belasungkawa Tok Guru yang menyentuh perasaan dan cukup bernostalgia.
Ustaz Ahmad ketika ditemui berkata hasil perjuangann Tok Guru sepanjang hayatnya dipamerkan di galeri tersebut. “Buku-buku yang pernah dibaca Allahyarham Tok Guru dan koleksi pakaiannya turut dipamerkan. Walaupun Tok Guru telah pergi namun kita perlu meneruskan perjuangannya,” ujar beliau.