PORT DICKSON: Klip video tersebar di laman sosial memaparkan seorang wanita yang dikatakan meninggal dunia ketika menunaikan solat Tarawih di sebuah masjid di sini, tidak benar kerana dia hanya pitam.
Perkara itu disahkan Eksekutif Masjid Jamek Abdullah Sijang, Muhammad Abu Dhiral Burhanuddin, yang terkejut apabila klip video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mengenai kejadian itu menjadi viral dengan maklumat yang salah.
Beliau berkata, wanita berusia 30-an itu yang menunaikan solat di saf wanita rebah secara tiba-tiba sebelum dibantu beberapa jemaah wanita lain, jam 9.40 malam kelmarin.
"Dia yang pitam kemudian berehat sebentar sebelum menyambung solat Tarawih seperti biasa. Jemaah lelaki yang berada di hadapan tidak menyedari kejadian itu kerana tiada kekecohan berlaku.
"Kami kesal kerana klip video itu tersebar dengan maklumat yang tidak tepat," katanya di sini, hari ini.
Rakaman selama 51 saat itu memaparkan wanita berkenaan rebah secara tiba-tiba sebelum dibantu jemaah lain dan tersebar dengan beberapa keterangan antaranya 'jatuh semasa solat Tarawih di Majid Jamek PD... Innalillah...' dan 'wanita meninggal ketika solat Tarawih'.