Tedung Selar 35 Meter Mengejutkan Orang Ramai

5



Sekarang mungkin musim ular di Malaysia, sudah banyak berita tentang ular dan tangkapan ular yang telah dibuat.


Terkini seekor ular Tedung Selar sepanjang 3.5 meter dan seberat 25 kg berjaya ditangkap.

Tangkapan ini dibuat oleh Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Daerah Segamat.

4 orang anggota JPAM tersebut mengambil masa hampir setengah jam untuk berjaya menangkap ular yang berbisa itu.

“Tedung selar itu kelihatan agresif dengan menegakkan kepalanya setinggi 0.5 meter seolah-olah sedia untuk menyerang,” kata Pegawai Ladang Palong Timur 1 Othman Mohamad, 52, yang menceritakan kembali insiden penemuan reptilia terbabit di ladang kelapa sawit seliaannya di Batu Anam di sini, jam 8.30 pagi semalam.

Semasa mereka tiba di lokasi, ular Tedung Selar itu terlah bersembunyi di dalam lubang. Anggota JPAM membuat bunyi bising untuk menarik perhatin ular tersebut agar keluar daripada lubang sedalam 1 meter tersebut. Setengah jam kemudian ular itu berjaya ditangkap.

Tedung Selar yang berjaya ditangkap itu akan diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Daerah Segamat untuk tindakan lanjut.







0 comment... add one now