Tindakan Sultan Brunei Di Airport Mengejutkan Polis Trafik Malaysia

Sultan Hassanal Bolkiah semasa selesai mengikuti perjalanan atau jemputan pertabalan Sultan Perak sebelum ini yg berlansung hampir seminggu di Darul Ridzuan, semasa baginda sampai di lapang terbang Pulau pinang dengan mengunakan kenderaan yg disediakan beliau terus keluar dan menuju ke kumpulan anggota Polis Trafik (escort dan bermotosikal) yg mengiringi beliau dari mula 

sehinggalah tamat dan mahu berlepas pulang ke negera Brunei. Mungkin bagi yg tak biasa akan rasa sedikit pelik tetapi yg dah lama berkhidmat terutama yg terlibat dalam skuad bermotor (POLIS Trafik) sedia maklum dan faham kebiasaannya pekara sebegini. 

Tuanku Sultan keluar dari kenderaan nya dan terus meluru kepada mereka dan bersalaman, ini sebagai penghargaan terhadap mereka yg menjalankan tugas mengiringi tuanku sepanjang beliau di Negeri Perak sehinggalah saat berangkat pulang ke Negaranya. Ianya merupakan sebagai penghargaan kepada mereka yg bertugas dan sebagai tanda hormat dengan khidmat professional 

POLIS Di Raja Malaysia. Sudah tentulah bagi mereka yg dihargai sedemikian rupa terutamanya POLIS Traffik rasa amat berbaloi bila penghargaan yg datangnya secara peribadi Keluarga Diraja tersebut. Hilang penat lelah selama bertugas dihari pertabalan Kebawah Duli Tuanku Sultan Perak. Penghargaan secara peribadi dari Sultan tentulah membanggakan mereka dan Polis Diraja Malaysia.

0 comment... add one now