Marsha dilahirkan dari keluarga Mualaf dimana ayahnya berbangsa Melayu berugama Islam manakala ibunya berasal dari Sabah dan berugama Kristian.Oleh kerana tuntutan Ugama serta undang-undang Syariah Malaysia,Maka secara rasminya Ibu Marsha memeluk ugama Islam,sebagai syarat untuk berkahwin.Dia awal perkahwinan,Ibu Marsha rajin mengikuti kelas fardu ain anjuran majlis ugama untuk mendalami Ugama Islam.Manakala ayah Marsha merupka seorang pekerja Kontrak pembinaan bangunan.
(gambar hiasan)
Pada Tahun pertama perkahwinan,kelahiran Marsha menambah keceriaan dalam rumah tangga serta mengeratkan lagi ikatan perkahwinan.Ketika itu juga keluarga Marsha di limpahi rezeki yang tidak putus-putus diamana ayah Marsha di beri kepercayaan mengendalikan sebuah projek perumahan.Namun ibu Marsha di uji dengan dugaan yang amat berat,dimana Ayah Marsha meninggal dunia akibat terjatuh dari bangunan yang dalam proses pembinaan.
Dengan pampasan yang tak seberapa dari majikan arwah ayahnya.Ibu Marsha terpaksa menggalas tanggungjawab mencari rezeki untuk membesarkan Marsha.Setelah Usia Marsha menjangkau sepuluh Tahun,dimana kehidupan mereka semakin tak terurus,Ibu Marsha nekad berpindah ke kampung Halaman nya di Sabah.Dan kembali bersama keluarganya yang bukan berugama Islam.Dari situ lah detik mula kemusnahan akidah diantara Ibu dan Marsha.
Dengan bantuan dari Gereja,serta pertubuhan Belia Kristian,dapat lah meringankan beban ibu Marsha.disitu juga lah mereka di ajak menyertai persatuan dan sebagainya.Kerana tiada bimbingan dan dorongan,Akhirnya ibu serta Marsha sendiri kembali ke Ugama asal iaitu Kristian.Segala ajaran yang diperolehi semasa mendalami islam dahulu hanyut,hilang begitu sahaja,kerana kesempitan hidup serta hasutan orang sekeliling sehingga mereka memilih Ugama asal.
Begitu lah kehidupan seorang gadis Malang bernama Marsha yang menjadi mangsa keadaan,sehingga lah pada Usia 17tahun dimana Marsha menamatkan zaman persekolahan dan berkerja di bandar untuk membantu ibunya.Dengan gaya hidup bebas,dari segi makanan,gaya pakaian,menyambut hari perayaan Kristian serta aktiviti memabukan telah menjadi kebiasaan Marsha,sama seperti ibunya.
Segalanya terbongkar apabila Marsha menghadiri sebuah temuduga,apabila kad pengenalan nya menjadi persoalan,tidak seperti yang di tulis dalam borang permohonan.Apabila di soal tentang ugama,marsha mengaku kristian,namun pada kad pengenalan serta sijil kelahiran tertera Berugama Islam.kerana perbezaan ini lah Punca Utama Marsha seringkali gagal dalam temuduga untuk bekerja di sektor kerajaan mahupun kilang-kilang besar.
Kisah ini menberi satu tamparan hebat buat semua.Kerana kesempitan hidup serta suka mengambil keputusan tanpa berbincang dengan mereka yang lebih arif menjadi punca utama memilih untuk kembali ke ugama Asal.Dan yang menjadi mangsa,isteri dan juga zuriat yang terumbang ambing tanpa hala tuju kerana tiada pemantauan dari pihak berwajib.
Semoga Marsha dan Ibunya di beri hidayah suatu masa nanti.Dan Ini adalah kes kedua yang saya pernah dengar dan saksi kan.Kes kedua pun serupa,Ayahnya meninggal,ibu serta dua orang anaknya kembali ke ugama asal.Mengikuti cara dan gaya kehidupan asal.Disini saya ingin tekan kan,bukan lah niat saya untuk menjaga tepi kain orang,namun sebagai seorang Muslim,saya rasa terpanggil untuk dedahkan penderitaan sesetengah insan yang terpinggir dari bimbingan.Semoga akan ada insan yang mampu menyedarkan mereka dan kembali kepangkal jalan.
-bukan Marsha retisss,,, ok..