Gambar Remaja Kejam Tetak Nenek Ditangkap

Kejadian berlaku kira-kira 6 petang tadi ketika mangsa, Mek Som Mat Diah, 89, berehat di ruang tamu rumahnya bersama seorang anak perempuan berusia 50-an.

Difahamkan, remaja berusia 19 tahun yang juga jiran sekampung mangsa menceroboh rumahnya dan meminta wang.


Pasir Mas: Wanita warga emas putus pergelangan kaki kiri selepas ditetak remaja lelaki yang cuba menyamunnya di rumahnya di Kampung Tanjung Rendang, Lemal, di sini.

Bagaimanapun, dia mula bertindak agresif apabila mangsa dan anaknya enggan memberikan wang diminta.

Anak perempuan Mek Som berjaya melarikan diri ketika kejadian, namun Mek Som ditumbuk di muka dan kakinya ditetak dengan senjata dipercayai jenis pisau.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas Asisten Komisioner Ibrahim Saad ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Katanya, mangsa dihantar ke Hospital Pasir Mas sebelum dirujuk di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian.

"Suspek sudah ditahan penduduk kampung yang melihat kejadian dan akan dibawa ke Mahkamah Pasir Mas esok untuk perintah tahanan reman," katanya.



Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan ujian air kencing terhadap remaja itu mendapati dia positif dadah
.
Mek Som ditumbuk dan ditetak sehingga putus pergelangan kaki kiri oleh remaja lelaki berusia 19 tahun. FOTO ihsan pembaca







BAHAYA PIL KUDA
METH MEMPUNYAI KESAN SAMPINGAN YANG KETARA DALAM MASA PENDEK TERMASUK KETAGIHAN YANG MELAMPAU.ANTARA KESAN PIL KUDA ADALAH :

PARANOIA
Pil kuda boleh menyebabkan seseorang itu bertindak melebihi dari kemampuannya, namum dalam masa yang sama penagih pil kuda mempunyai pemikiran yang tidak menentu seperti dalam ketakutan.

SICKNESS
Kesan Pil Kuda boleh melemahkan daya tahan dan mudah seseorang penagih Pil Kuda untuk mendapat penyakit yang lebih kerap dan memakan masa yang lama untuk sembuh serta mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat jangkitan virus yang merbahaya.

HYPERTHERIA
Pil Kuda bole meningkatkan suhu badan ke tahap yang berlebihan. apabila badan tidak boleh menyingkirkan semua haba, ia boleh membawa kepada kerosakan otak ataupun kematian.

INSOMNIA
Pil Kuda menyebabkan seseorang penagih itu mengalami gangguan tidur beberapa hari ataupun berminggu-minggu.

PALPITATIONS
Penagih Pil Kuda boleh menyebabkan seseorang itu bertindak diluar jangkaan, perasaan yang berdebar-debar disertai dengan berpeluh berlebihan jika berlarutan ianya berkemungkinan boleh membawa maut.

SEIZURES
gegaran yang tidak terkawal dalam badan, atau sawan, yang boleh membawa maut.

SENSORY HALLUCINATIONS
Penagih Pil Kuda mempunyai gangguan halusinasi dan berkhayal.

DIARRAHEA
Pil Kuda boleh merosakkan sistem pencernaan yang boleh menyebabkan sakit perut dan cirit-birit.

STROKE
Kesan Pil Kuda boleh memecahkan saluran darah di dalam otak serta mengganggu aliran darah yang penting, yang menyebabkan seseorang itu tidak jelas apaibal bercakap, membantut pergerakan, kaburkan penglihatan atau kematian.

VOMITING
Diperbuat daripada racun yang boleh menyerang saraf.

ADDICTION
Pil Kuda adalah salah satu bahan yang paling cepat menyebabkan ketagihan daripada mana-mana dadah yang lain.



0 comment... add one now