Gadis Jelita Ini Popular Kena Troll Selepas Status Muhammad Ali



INDIA - Seorang gadis terpaksa menanggung malu apabila menjadi mangsa troll netizen, selepas memuat naik satu status yang salah berkenaan legenda tinju, Muhammad Ali.

Satu tweet yang dimuat naik Anadita Patel menyatakan Muhammad Ali sebagai pemain bola sepak, malah sempat membandingkan Ali dengan jaguh bola sepak antarabangsa Cristiano Ronaldo, Maradona dan Lionel Messi.

Dalam penjelasannya selepas itu, Patel mengakui kesilapannya dan kenaifan itu terjadi kerana dia peminat sukan kriket, dan tidak begitu mengikuti perkembangan sukan lain.








Kesan daripada kesilapan itu, Patel bukan sahaja menjadi popular sekelip mata apabila menjadi bahan troll, tetapi ramai juga yang mengambil kesempatan untuk mengusiknya dengan cara mewujudkan akaun Twitter palsu menggunakan namanya.









Tetapi tidak semua netizen 'sekejam' itu.

Tinjauan di Twitter pada Ahad mendapati ramai juga yang menganggap apa yang dilakukan pada Patel hanya kesilapan kecil dan tidak perlu dihukum.

Patel sudah pun menutup akaun Twitternya.


0 comment... add one now