"Siasatan mendapati suspek dan mangsa menjalinkan hubungan sebagai kekasih sejak Jun tahun lalu manakala suspek mula meminta mangsa menghantar gambar bogel melalui aplikasi WhatsApp sejak Oktober tahun lalu
BANDAR SERI JEMPOL: Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun ditahan polis kerana didakwa mencabul teman wanitanya yang mahu memutuskan hubungan di sini, petang semalam
Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Noorzainy Mohd Noor, berkata suspek dikatakan tidak berpuas hati kerana mangsa yang berusia 13 tahun enggan menghantar gambar bogel kepadanya seperti sebelum ini
"Sepanjang beberapa bulan lalu, suspek beberapa kali dikatakan mencabul mangsa dengan kerelaan gadis itu
"Bagaimanapun, suspek berang apabila mangsa memberitahu mahu memutuskan hubungan, kelmarin
"Kedua-duanya bertemu petang semalam di gelanggang bola keranjang di sebuah taman perumahan sebelum suspek dikatakan memeluk dan mencabul mangsa
"Remaja lelaki itu ditahan selepas mangsa membuat laporan polis," katanya di sini, hari ini