"Kalau nak tahu wajah saya masa dulu macam Dayini sebab wajahnya banyak ikut wajah saya. Mungkin sikapnya sahaja tidak sama seperti mak dia yang tegas ni," ujarnya dipetik sebagai berkata.
Anak Mas Idayu kini sedang belajar piano dan dia juga berbakat dalam bidang nyanyian.
"Saya memang sengaja hantar dia belajar bermain piano sebab subjek itu membantunya untuk berfikir pantas dalam mata pelajaran Matematik. Dia memang boleh menyanyi dan selalunya kalau ada apa-apa acara kesenian, cikgu akan pilihnya.
"Apapun setakat ini, saya mahu dia beri tumpuan pada pelajaran dulu. Saya tidak halang dan tidak menggalakkan. Biar dia buat keputusan sendiri. Kalau betul dia nak nyanyi, saya akan beri tunjuk ajar seperti mana saya mengajar budak-budak lain," jelasnya.