1) Anda perlu tahu apa yang anda perlu buat?
Dengan menyoal diri anda dulu, anda akan lebih bersedia untuk untuk dapatkan jawatan yang anda mohon. Anda akan letakkan sasaran dengan mencari apą kriteria-kriteria yang majikan anda mahukan. Anda perlu buat kajian dulu mengenai syarikat tersebut.
Apa yang perlu anda kaji adalah;
syarat-syarat kelayakan syarikat tersebut
apa produk syarikatsiapa pelanggan syarikat
carta organisasi syarikat
Selain itu, saya sarankan juga anda untuk buka website syarikat tersebut. Mungkin ada lagi maklumat yang perlu anda tahu.
2) Senaraikan semua ciri-ciri yang anda ada yang boleh bantu syarikat anda.
Anda perlu tahu apa ciri-ciri peribadi anda, positif dan negatif, supaya anda bersedia menjawab segala soalan yang ditanya oleh majikan anda. Ciri-ciri yang saya maksudkan bukan ciri-ciri yang umum seperti saya seorang yang berfikiran terbuka, saya seorang cepat belajar dan lain-lain.
Anda perlu jadikan ciri-ciri peribadi lebih menarik seperti saya seorang yang boleh menyelesaikan masalah dengan pantas, saya boleh menerima kritikan dan pendapat dari orang lain, saya sentiasa fokus, konsisten dan komited dalam melakukan sesuatu kerja...lain-lain tu, anda boleh fikirkan sendiri.
3) Apa pengalaman anda berkaitan dengan jawatan yang anda ingin mohon?
Soalan yang ni ada 2 kategori iatu
fresh graduate
berpengalaman.
Untuk fresh graduate, anda mesti ada pengalaman dalam latihan industri. Ada yang 3 bulan, ada yang 6 bulan. Anda boleh masukkan pengalaman-pengalaman tersebut dalam resume anda walaupun kadang-kadang ada tugasan yang diberi tidak berkaitan dengąn jawatan yang anda mohon.
Bagi anda yang berpengalaman, anda perlu senaraikan syarikat-syarikat yang pernah anda bekerja sebelum ini seperti;
Nama syarikat
Jawatan Anda
Berapa lama anda bekerja?
Skop kerja anda.
Projek yang pernah anda kendailkan
4) Senarai semua pencapaian dan kemahiran anda yang boleh membantu syarikat tersebut.
Cuba senaraikan apa pencapaian dan kemahiran yang ada pada diri anda sekarang seperti;
kemahiran bahasa
kemahiran komputer
sukan yang anda main
pertandingan yang anda sertai
Lagi banyak lagi bagus, mungkin ada tidak perasan yang kemahirąn dan pencapaian anda ini dapat membantu naikkan kualiti resume anda.
5) Senaraikan tahap pendidikan yang dapat membantu anda dapatkan jawatan tersebut
Bagi anda yang ada kelulusan seperti Diploma, Degree, Master dan Phd dan sebagainya, anda perlu muatkan dalam resume anda dengan selengkapnya.
Tulis institusi mana anda dapatkan kelulusan tersebut, beritahu sekali CGPA terakhir anda. Tak usah malu kalau CGPA anda rendah kerana anda masih lagi ada aset diri yang anda dapat semasa belajar.
Aset diri ini sebenarnya lebih penting berbading CGPA anda. Ini sebenąrnya yang boleh jadikan anda seorang yang berjaya.
Jadi, saya nak tanya anda...apa aset diri anda?
6) Kenapa anda layak untuk dapatkan jawatan tersebut?
Anda juga perlu tahu kenapa anda layak dapatkan jawatan tersebut, kalau anda tak tahu, macam mana anda nak jawab kalau dipanggil temuduga nanti. Confirm anda tak dapat jawab nanti.
Macam mana nak tahu anda layak ke tak?
Anda baca semula dari no.1 sampai 6, lepas tu buat...baru anda tahu anda layak ke tak.
Kalau anda nak dapatkan contoh-contoh resume sebagai rujukan, ąnda boleh download percuma di link website bawah..
Semua resume di website ni dalam bahasa inggeris. ąda pelbagai design dan template yang boleh anda download secara percuma sahaja. Anda hanya perlu isi tempat kosong sahaja.
- http://www.hloom.com/download-professional-resume-templates/
- http://www.instantresumetemplates.com/
- http://www.resumeworld.ca/resume-templates/types-resume-templates.html
Semua resume di website ni dalam bahasa inggeris. ąda pelbagai design dan template yang boleh anda download secara percuma sahaja. Anda hanya perlu isi tempat kosong sahaja.